Tuesday, August 31, 2010

Lawatan MAMPU dan BTP KPM


Satu lawatan daripada Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan beberapa pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di SMK Bandar Baru Bangi pada 19 Ogos 2010. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau projek Bestari dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Walk A Thon


Aktiviti terbesar PIBG tahun ini adalah Walk A Thon yang telah diadakan pada 7 Ogos 2010. Aktiviti ini diadakan untuk mengumpul dana PIBG untuk projek membaiki dewan, tandas dan dataran berbumbung di tapak perhimpunan sekolah. Sambutan amat menggalakkan dan ucapan terimakasih kepada yang sudi menderma sambil melibatkan diri dalam aktiviti Walk A Thon ini.

Minggu Pengguna 2010


Bersempena dengan Minggu Pengguna, satu sambutan dan ceramah Harta Intelek telah diadakan di Dewan SMK Bandar Baru Bangi. Dalam Minggu ini diadakan pelbagai pertandingan dan pada hari penyampaian hadiah, telah diadakan ceramah Pengurusan Harta Intelek.

Hari Kerjaya 4 Ogos 2010


Hari Kerjaya Sekolah telah diadakan di Sekitar dewan SMK Bandar Baru Bangi Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa Universiti dan Kolej telah mengambil bahagian dalam pameran dan juga seminar kerjaya. Antaranya Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, GMI, UniKL MFI dan beberapa kolej sekitar Lembah Kelang. Terimakasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Kerjaya ini. Syabas.

Thursday, August 19, 2010

Kem Khalifah Unggul






Kem ini telah dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam SMKBBB dan Panitia Pendidikan Islam SMKBBB. Kem ini dilaksanakan atas sebab amanah yang diberikan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Guru penyelaras program Kem Khalifah Unggul ialah Puan Hamidah bt Debab manakala pengarah program ialah Hamizah bt Rajali. Fasilitator- fasilitator dan penceramah telah diambil dari PEPIAS. Seramai 10 orang guru pengiring , 11 orang urusetia dan 10 orang fasilitator yang terlibat sepanjang kem ini. Jumlah peserta yang menyertai kem selama 3 hari 2 malam (30 Julai 2010- 1 Ogog 2010) adalah seramai 77 orang. Penginapan para peserta ialah di dalam khemah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Kembara Muslim, ‘Night Walking’ dan Sidang Pleno. Kumpulan terbaik ialah kumpulan 4 dan upacara penutup dirasmikan oleh Puan Hasnah bt. Ibrahim. Kem ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan


“Sama-samalah kita upgrade iman, top up amalan, update doa, semoga Allah send hidayah, delete dosa dan insert sakinah.Redeem hasil lumayan di sana. Selamat menahan diri dari kemungkaran di bulan Ramadhan.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...