Friday, November 25, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012

Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.

Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.

Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.

Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.

Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Negara perlukan ramai pakar dalam bidang kemahiran, Pelajar Tg3 2011, mohon segera sebelum terlambat, apa juga keputusan Percubaan PMR anda, cubalah memohon. Tolong sebarkan kepada pelajar lain. Terimakasih.

Tuesday, November 15, 2011

Hari akademik Tingkatan 1,2 dan 4


Semua Ibubapa / Penjaga pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 dijemput hadir kesekolah untuk Menerima Slip keputusan Peperiksaan dan membincangkan prestasi akademik pelajar. Terimakasih.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100


Pengetua: Pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 tahun 2011. Sila hadir ke sekolah utk menerima wang bantuan khas awal persekolahan RM100 mulai 16/11-18/11 jam 10pagi- 3ptg, melalui Guru Tingkatan. Terimakasih.

Monday, October 17, 2011

Peperiksaan




Peperiksaan PMR baru sahaja selesai. Peperiksaan Untuk Pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 baru sahaja bermula. Lepas ni, Peperiksaan SPM akan dihadapi oleh pelajar Tingkatan 5. Di Doakan semoga semua berjaya dengan cemerlang.





Wednesday, October 12, 2011

Pengumuman Penting Pelajar Tingkatan 5





Hari Akademik untuk Pelajar Tingkatan 5 akan diadakan pada Jumaat 14 /10/2011 mulai 8.00 pagi. Ibubapa/Penjaga dijemput hadir kesekolah untuk membincangkan hal berkaitan prestasi akademik calon SPM 2011 ini.

Thursday, September 15, 2011

Hari akademik Tingkatan 3

Pengumuman.

Hari Akademik untuk pelajar Tingkatan 3 akan diadakan pada :

Tarikh : 22 September 2011
Masa : 8 pagi.

Sila sebarkan kepada ibubapa pelajar tg 3 smk bandarbarubangi dengan segera.


Thursday, August 11, 2011

Amal Jariah dibulan Ramadhan


Di hari mulia, dibulan ramadhan, Kita mengumpul pahala, Pahala yang Allah berikan setiap umat yang berpuasa, doanya dimakbulkan, InsyaAllah. Tambahkan pula dengan amal jariah (Pahala berkekalan sehinga akhir hayat) dengan menyedekahkan sedikit RM/Alatan untuk pembangunan sekolah kita, kita dan adik-adik kita dan generasi seterusnya akan mendpat manafaat daripada sedikit sumbangan kita itu. Sudikanlah menyumbang ke program Gemilang Sukan 2011, program mengumpul dana pembangunan sekolah sambil bersukan. Semoga sumbangan anda di hadiahkan dengan keberkatan, kesihatan, kemakmuran dan bekal diakhirat nanti (amal jariah). War-warkan kepada rakan taulan dan masyarakat.

Inilah masanya yang terbaik untuk memberi sumbangan walaupun sedikit. Hubungi pelajar (yang ada kad sumbangan) atau guru atau mana-mana AJK PIBG atau telefon sekolah 0389250245 atau fax 0389251590.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan


Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

Thursday, July 21, 2011

Pakej Ransangan PIBG







Sekarang, sekolah dah ada surau yang lebih besar, selesa semua pelajar untuk sembahyang dan belajar disitu, sekarang dah ada library yang besar dan canggih, ada aircond, kini dah ada susur pejalan kaki, elakkan pelajar terkena hujan dan panas semasa masuk dan balik dari sekolah.

Tapi sebenarnya dulu, bukan begitu rupanya, surau kecil,... library sempit, kalau hujan, basah kuyup, kesian pelajar kan?.

Sehinggalah PIBG mengambil inisiatif bersama guru-guru menganjurkan program jogathon dan tahun ni Gemilang sukan. Baguskan kalau nanti dengan sumbangan anda tu dan orang ramai, boleh anda guna sama dan setiap sumbangan merupakan hasanah/pahala kepada penderma kan, kan, kan? Jadi, ini minggu terakhir untuk mengumpul sumbangan, anggaplah setiap sen yang anda semua derma merupakan pahala / hasanah setiap kali anda dan pelajar dan orang ramai guna kemudahan yang akan dibina nanti hasil sumbangan ini. . teliti info kat borang ini.. Hubungi mana-mana guru/PIBG atau pelajar untuk sumbangan.


TERKINI. AKTIVITI GEMILANG SUKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 24 SEPTEMBER 2011. TERUSKAN MENGUMPUL SUMBANGAN.

Tuesday, June 28, 2011

PENGUMUMAN PENTING MINGGU INI



Sukacita dimaklumkan bahawa acara berikut akan berlangsung:



1. Temasya Sukan Olahraga SMK Bandar Baru Bangi




Tarikh : 30 Jun 2011, Khamis, 7.30 pagi.


Tempat : Kompleks Sukan PKNS, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.




2. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

(Serentak seluruh Malaysia - dimasukkan ke Malaysia Book Of Record)





Tarikh : 2 Julai 2011, Sabtu, 7.00 - 12.45 tgh.


Tempat : SMK Bandar Baru Bangi.


Pihak sekolah berbesar hati menjemput semua ibubapa, bekas pelajar/alumni dan penduduk sekitar SMK Bandar Baru Bangi ke aktiviti ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Thursday, June 23, 2011

PENTING UNTUK IBUBAPA

Perjumpaan Ibubapa dengan guru akan diadakan pada 25 Jun 2011 pada Hari Akademik anjuran sekolah. Semua ibubapa /penjaga dipersilakan hadir untuk berbincang dan memberi sebarang cadangan untuk memperbaiki prestasi akademik anak-anak anda. Juga pada hari yang sama, pameran daripada IPTA dan IPTS serta pameran buku. Datanglah beramai-ramai kesekolah pada 25 Jun 2011, Hari Akademik, Ibubapa prihatin, Anak Cemerlang.

Monday, May 23, 2011

PENGUMUMAN

Harap Maklum kepada semua Calon PMR dan SPM 2011. Perkampungan akademik Kali ke 2 akan diadakan daripada 28 Mei 2011 hingga 1 Jun 2011. Kehadiran Wajib.

Jadual seperti dipaparkan.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

......


Jika hari ini, sesiapa sahaja yang menjadi dewasa,


Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa.




Sebahagian puisi Usman Awang.

Monday, May 2, 2011

Berapa ramai nak tahu apa aktiviti Sabtu ini? Angkat Tangan




Pengumuman. Acara pada Hari Sabtu ini :



Tarikh : 7 Mei 2011


Tempat : Sekitar Sekolah


Aktiviti : Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform dan Karnival Hari Usahawan Peringkat Sekolah. Datanglah beramai-ramai bersama ibubapa dan masyarakat setempat ke Hari Usahawan ini. Pelbagai Gerai Jualan dan Aktiviti disediakan.

Thursday, April 28, 2011

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA (MENENGAH)SEMPENA KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGIPERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2011






Karnival Sains dan Teknologi Daerah Hulu Langat telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April 2011. Karnival ini telah dianjurkan oleh SMK Dato’ Ahmad Razali, dan berlangsung di SMA Persekutuan, Kajang.

SMK Bandar Baru Bangi telah menghantar satu pasukan iaitu Saintis Muda yang diwakili oleh Nur Fatahiah bt Abd Razak dan Wan Siti Nadiah bt Ibrahim dari kelas 3 Nurani.

Lebih kurang 30 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk acara Saintis Muda dan SMK Bandar Baru Bangi berjaya mendapat tempat ketiga.
.
Johan : SMKA Maahad Hamidiah
Naib Johan : SMK Cheras Perdana
Tempat ketiga : SMK Bandar Baru Bangi,

Kumpulan 3 di stesen pertama mereka
iaitu Stesen 4.

Nur Fatahiah, Pn Zarulhana dan Wan Siti Nadiah
Tahniah kepada Nur Fatahiah dan Wan Siti Nadiah!

Sunday, April 24, 2011

MEROKOK HARAM

1. Merokok membahayakan kesihatan (ada pada kotak rokok). 2. Merokok memang HARAM (Majlis Fatwa 1975). Habis tu kenapa pelajar (sekolah) masih merokok, dengan pakaian sekolah smkbbb, dalam dan luar pagar sekolah je. WAHAI pelajar smkbbb, anda diperhatikan bukan sahaja oleh manusia bernama cikgu, ibubapa kat luar pun nampak, TUHAN lagi nampak (CCTV dimana sahaja), INSAFLAH. Bersyukurlah anda masih hidup bernafas lagi.

Tuesday, April 12, 2011

SUKANTARA


Pengumuman kepada semua pelajar. Sukantara akan diadakan pada 28 dan 29 April 2011. Peringatan, pakaian sukan rumah adalah diwajibkan untuk mewakili rumah anda. Pakaian selain pakaian sukan rumah anda adalah dilarang. Muktamad.

Friday, April 8, 2011

Pengumuman.

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah akan diadakan pada 23 April 2011. Serentak dengan itu juga diadakan majlis reseptif (perjumpaan Ibubapa dan guru).

Kenangan Camping Pengakap Mac 2011

Perkhemahan Bersama SMK BBBangi dan SMK SAAS Kajang
Bergambar Kenangan Pemimpin, Kelana A, SMK BBB dan SAAS Penyampaian Sijil dan anugerah
Kehadiran Pemimpin Peringkat Daerah dan Kebangsaan



Sunday, March 27, 2011

Merentas Desa 2011


Kejohanan merentas desa SMK Bandar Baru Bangi telah dilaksanakan pada 26 Mac 2011. Laluan sejauh 7 km untuk kategori lelaki A dan 5 km bagi kategori Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B. Juara keseluruhan Merentas desa 2011 adalah Rumah Wira, tahniah.

Monday, March 21, 2011

PENGUMUMAN PENTING


Pengumuman. (Kemaskini) Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 23 Mac 2011 selepas jam 11 pagi di dewan. Pelajar perlu memakai pakaian sekolah lengkap, berambut pendek (lelaki) dan kemas bagi perempuan. Kelonggaran juga dibenarkan berpakaian baju kurung/ berbaju melayu/ kemas/ Pakaian kokurikulum/Tshirt berkolar/ berkasut/ seluar (bukan jeans).

Alfatihah


Terkini. Pada hari Khamis semasa cuti pertengahan penggal lepas, seorang pelajar Tg 5 SMKBBB tahun 2010, Fudhail Hakimi, telah kembali kerahmatullah akibat lemas semasa mandi manda di Sungai Gabai, Ulu Langat. Marilah kita sedekahkan ALfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan kedalam ahli syurga. Alfatihah..

Sunday, February 20, 2011


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SMK Bandar Baru Bangi Telah dengan meriahnya dilaksanakan pada 19 Februari 2011. Pelbagai Acara dilaksanakan seperti perarakan dengan membawa sepanduk, Nasyid, Ceramah dan pelbagai lagi.

Thursday, February 17, 2011

Website sekolah mengalami gangguan.

Adalah dimaklumkan bahawa website sekolah kita di alamat url http://smkbbb2.net sedang mengalami gangguan teknikal. Haraf maaf.

Tuesday, February 1, 2011

Mesyuarat Agong PIBG dan Ceramah Keibubapaan


Mesyuarat Agong PIBG SMK Bandar Baru Bangi telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Majlis dimulai dengan selingan Ceramah Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah, Daripada Kolej Universiti Islam Selangor. Sambutan dan kehadiran ibu bapa amat menggalakkan dan dalam ceramahnya Ustaz Farid telah membentangkan peranan ibubapa dan guru-guru dalam mendidik anak menjadi insan sempurna khususnya dalam kehidupan berkeluarga Islam.

Sunday, January 23, 2011

Pengumuman Penting


Berapa ramai yang prihatin tentang akademik anak-anaknya? Berapa ramai yang tahu apa yang berlaku disekolah anaknya. Ketahui segalanya dengan menghadirkan diri pada 29 Januari 2011 di Dewan SMK Bandar Baru Bangi untuk :

Mesyuarat Agong PIBG SMK Bandar Baru Bangi.
Pada 29 januari 2011.
Jam 8.00 pagi.
Selingan Ceramah Keibubapaan oleh Ustaz Farid Ravi.

Bersama kita meningkatkan prestasi diri dan anak-anak kita.

Sunday, January 2, 2011

Makluman untuk Pelajar (Pakej Matapelajaran)

SMK. BANDAR BARU BANGI
PAKEJ MATAPELAJARAN 2011

SUBJEK TERAS / TINGKATAN / TERAS KH

BM, BI, BA, Mt, Sc, Geog, Sej, PJK, PS, ICTL, Siv & Kewrg.
1 Nurani Pdg. & Keushwn.
1 Harmoni Pdg. & Keushwn.


BM, BI, Mt, Sc, Geog, Sej, PJK, PS, ICTL, Siv & Kewrg.

1 Adil ERT/KT
1 Aman Pdg. & Keushwn.
1 Amanah Pdg. & Keushwn.
1 Bakti ERT/KT
1 Budi ERT/KT
1Cekal ERT/KT
1 Cerdas ERT/KT
1 Damai ERT/KT
1 Ehsan ERT/KT
1 Gigih ERT/KT

BM, BI, BA, Mt, Sc, Geog, Sej, PJK, PS, ICTL, Siv & Kewrg

2 Nurani Pdg. & Keushwn.
2 Harmoni Pdg. & Keushwn.


BM, BI, Mt, Sc, Geog, Sej, PJK, PS, ICTL, Siv & Kewrg

2 Adil ERT/KT
2 Aman Pdg. & Keushwn.
2 Amanah Pdg. & Keushwn.
2 Bakti ERT/KT
2 Budi ERT/KT
2 Cekal ERT/KT
2 Cerdas ERT/KT
2 Damai ERT/KT
2 Ehsan ERT/KT
2 Gigih ERT/KT

BM, BI, BA, Mt, Sc, Geog, Sej, PJK, PS, ICTL, Siv & Kewrg

3 Nurani Pdg. & Keushwn.
3 Harmoni ERT/KT


BM, BI, Mt, Sc, Geog, Sej, PJK, PS, ICTL, Siv & Kewrg.

3 Aman ERT/KT
3 Amanah Pdg. & Keushwn.
3 Bakti Pdg. & Keushwn
3 Budi Pdg. & Keushwn
3 Cekal ERT/KT
3 Cerdas ERT/KT
3 Damai ERT/KT
3 Ehsan ERT/KT
3 Gigih ERT/KT

SUBJEK TERAS /TINGKATAN/ELEKTIF

BM, BI, Mt, Sej, PJK, Siv&Kwrgn.

4 Murni Fz,Km, Mt.Tm, Bio, BA, PQ&S, PSI


BM, BI, Mt, Sej, PI/PM,PJK, Siv&Kwrgn.

4 Aman Fz,Km, Mt.Tm, Bio
4 Nurani &
4 Harmoni Fz,Km, Mt.Tm, LK/ICT
4 Amanah Mt. Tm, EA, PA
4 Jujur &
4 Damai Tsw, EA, Pdg.
4 Cekal Tsw, PSV, ICT/ERT
4 Bakti Tsw,PSV

BM, BI, Mt, Sej, PJK, Siv&Kwrgn.

5 Murni Fz,Km, Mt.Tm, Bio, BA, PQ&S, PSI


BM, BI, Mt, Sej, PI/PM,PJK, Siv&Kwrgn.
5 Aman Fz,Km, Mt.Tm, Bio, EST
5 Nurani Fz,Km, Mt.Tm, Bio
5 Harmoni Fz,Km, Mt.Tm, LK/ICT
5 Amanah Mt. Tm, EA, PA
5 Jujur &
5 Damai Tsw, EA, Pdg.
5 Cekal Tsw, PSV, ICT/ERT
5 Bakti Tsw,PSV

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...