Monday, July 26, 2010

Hari Kerjaya






Hari Kerjaya peringkat sekolah akan diadakan pada 4 haribulan Ogos 2010. Semua pelajar, bekas pelajar , Ibubapa dan seluruh penduduk Bandar Baru Bangi dijemput hadir memeriahkan suasana. Beberapa Universiti, Kolej, Institusi kerajaan dan swasta akan turut sama membuat pameran sempena Hari Kerjaya ini. Datanglah beramai-ramai ke SMK Bandar Baru Bangi pada 4 haribulan Ogos ini. Pelbagai acara sampingan turut diadakan.

Thursday, July 1, 2010

Lawatan Sambil Belajar Pasukan Pengakap



29 Jun 2010. Satu Lawatan Sambil Belajar telah diadakan oleh Pasukan Pengakap Malaysia Kumpulan 13 Kajang SMK Bandar Baru Bangi. Seramai 79 orang ahli yang terdiri dari Pengakap, AJK, Kelana, Guru/Pemimpin Kumpulan dan 2 Pesuruhjaya Ibu Pejabat bersama-sama dalam lawatan ini. Antara tempat yang dilawatai ialah Rumah BP (Ibu Pejabat Pengakap Kebangsaan) terletak di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur. Rombongan disambut oleh Tn Faisal, Pesuruhjaya Ibupejabat dan slepas itu semua ahli telah mendengar taklimat khas daripada Pesuruhjaya Pengakap Unit Latihan Negara dan sedikit berkaitan dengan Pengakap Raja.
Di sebelah petangnya pula, dengan berpakaian uniform pengakap, kesemua ahli dapat memasuki Dewan Rakyat di Parlimen, untuk menyaksikan julung kalinya sidang parlimen secara live di dalam Dewan.

Thursday, June 24, 2010

Walkathon 2010


Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Bandar Baru Bangi akan menganjurkan Walkathon PIBG pada 7 Ogos 2010. Objektif program ini diadakan adalah untuk:

1. Menaik taraf dewan sekolah.
2. Membaik pulih tandas sekolah.
3. Membina dataran berbumbung.

PIBG amat berbesar hati kiranya dapat tuan puan menyampaikan sebarang cek/wang kutipan melalui anak anda (yang telah dibekalkan kad) untuk disampaikan kepada guru kelas sebelum 7 Ogos 2010. Bayaran menggunakan cek berpalang hendaklah atas nama PIBG SMK BANDAR BARU BANGI.

Kerjasama dan sokongan daripada tuan-puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai.
Terimakasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Walkathon PIBG 2010
SMK Bandar Baru Bangi.

Sistem SMS


Makluman kepada semua. PIBG SMK Bandar Baru Bangi telah melancarkan sistem sms online kepada warga Sekolah termasuk juga ibubapa pelajar. Ini bermakna semua pengumuman daripada sekolah contohnya mengenai ketidakhadiran, masalah disiplin , aktiviti sekolah dan sebagainya yang berkaitan sekolah akan dihantar terus ke telefon bimbit ibubapa atau penjaga.

Untuk memudahkan perlaksanaan sistem ini berjalan lancar, dipohon kerjasama semua terutama ibubapa menghubungi guru tingkatan/guru kelas anak anda untuk sms nombor telefon yang sebenar untuk tujuan ini secepat mungkin. Sila nyatakan nama penuh dan nama anak anda serta kelas mana. Kerjasama ibubapa didahului dengan ucapan terimakasih.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya. Kejayaan kita semua pada hari ini bermula dengan didikan guru yang sabar dan tekun serta ikhlas mendidik anak bangsanya. Tanpa guru, tidak mungkin negara dan rakyat mampu bergerak maju.

Sememangnya profesion sebagai guru adalah sangat mulia dan mencabar. Meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku pelajar yang pelbagai, ditambah dengan tekanan ibu bapa serta masyarakat sekeliling, para guru terus menuai bakti dan menuang ilmu tanpa jemu. Sama ada mereka diingati atau dilupakan, saban tahun para guru melahirkan sehebat-hebat ulama’, setinggi-tinggi tokoh akademik, para profesional, teknokrat, usahawan, tenaga-tenaga pakar mahir dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya sumbangan para pendidik yang bergelar guru tidak boleh dilupakan. Keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran mereka wajar diberikan pengiktirafan. Suara dan pandangan mereka perlu perlu dihormati, rungutan dan permintaan mereka perlu didengari, permasalahan mereka perlu diperhati. Inilah tanda penghomatan kita semua terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik.

Monday, May 10, 2010

Gred Baru SPM, Markah dan Nilai

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...