Friday, November 25, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012

Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.

Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.

Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.

Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.

Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Negara perlukan ramai pakar dalam bidang kemahiran, Pelajar Tg3 2011, mohon segera sebelum terlambat, apa juga keputusan Percubaan PMR anda, cubalah memohon. Tolong sebarkan kepada pelajar lain. Terimakasih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...