Monday, June 22, 2015

Ciri Baru Frog VLE

TERKINI DARI FROG VLE

Guru yang dikasihi / Pelajar sekelian,

Untuk makluman, Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.

Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah dan lebih banyak lagi yang kami akan bawakan, sedang dilaksanakan pada bulan ini. Anda akan melihat beberapa perubahan baru apabila anda melog masuk dengan ID 1BestariNet anda!

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE.

Impak kepada Pelajar

Frog Timelines - Apabila pengguna melog masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines. Frog Timelines merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas laman VLE.
Memuat turun Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore.
Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi “Shared Folder” membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.

Impak kepada Guru

Markbook Baru - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.
Assignments - Wajah baru ciri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerjarumah yang belum ditanda.
Mathematics Equation - Ciri baru ini membolehkan penggunaan simbol Matematik di dalam laman Frog VLE.
Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan tertentu dalam laman yang dibina.
Analisis - Penambahbaikan dalam fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.
Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums dengan lebih dekat melalui "Show to Others" dan "Show/Hide all Posts"
Pembinaan Laman Web - Para guru boleh membina laman web dengan menggunakan widget Frog VLE. Laman web yang siap dibina boleh diterbitkan di Internet.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang ciri-ciri dan fungsi baru Frog VLE, sila kunjung Learn Centre melalui butang di bawah: Kunjungi Learn Centre

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...