Tuesday, December 1, 2009

Hua Hua Hua Mc Donalds

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air... Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Senyum le sekali sekala

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu Sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised" Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!" Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven" "

Wednesday, November 11, 2009

SEKADAR RENUNGAN DAN JADIKAN AMALAN

Dipetik dari Blog Ust Nazri Chik
Source: allgreenislamic.blopspot.com
Saya mendapat kisah berikut daripada email teman-teman di ikram. Amat baik untuk diteladani.

KISAH 1

AH 1Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
Sering membaca Surah Al-Waqiah
Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
Suka menolong orang Dan memberi derma
Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
Sering bertengkar dengan isteri.
Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini…
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…
Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

Wednesday, November 4, 2009

MARI BERSELOKA 3

SELOKA : KITA DAN AURAT III
Bertajuk: KITA DAN AURAT(III)

Selamat bersua sekali lagi,
Emak dan anak ceriakan pagi,
Langkah bermula tak mahu rugi,
Orang tersenyum nampakkan gigi.

Kalau beramal kerana Allah,
Apa terjadi tiada masalah,
Bulat tekad menuju arah,
Enak dirasa hati yang pasrah.

Rajin beramal banyak pahala,
Tetap yakin tuju dan hala,
Aurat dijunjung di atas kepala,
Jauhi perangkap elakkan bala.

Utamakan nasihat bertegur sapa,
Kita bersaudara janganlah lupa,
Kita dilahirkan tidak serupa,
Iman dan Taqwa janganlah alpa.

Tegur menegur kewajiban semua,
Allah perintahkan kalau bersua,
Dengan tangan kalau berkuasa,
Atau lisan pun boleh juga.

Namun begitu kalau tak upaya,
Anyamkan di hati maksiat bahaya,
Usah timbul simpati padanya,
Ringankan hati doakan tuannya.

Amalan menegur mesti teruskan,
Tak kira anda apa kedudukan,
Dalam keluargalah diutamakan,
Anak dan isteri mesti dahulukan.

Nasihat diberi biarlah berlapik,
Kita tak usah terus bertempik,
Ingatlah sasaran dan juga objek,
Terapkan Iman pentingkanlah lojik.

Andainya masih tak makan saman,
Doakanlah mereka semoga aman,
Allah tunjukkan mereka jalan,
Nasihat diterima berhati nyaman.

Allahlah sahaja yang Maha Kuasa,
Usahlah kita terlalu memaksa,
Rajin beramal Iman perkasa,
Akhirat nanti dijauhkan seksa.

Tapi saya dah sampaikan semua,
Di akhirat nanti jangan didakwa,
Ana tetap terus mempelawa,
Nanti di akhirat siapa kecewa!.

Keras sangatkah hati kita,
Ini nasihat bukannya auta,
Tapi jangan dianggap dusta,
Allah tahu isi hati kita.

Oleh itu fikirkanlah selalu,
Kita lupakanlah cerita yang lalu,
Ayuhlah melangkah menuju hulu,
Yang! Mulalah takusah malu.

Sekian terima(lah) kasih.

MARI BERSELOKA 2

Sebuah SELOKA :
Bertajuk: KITA & AURAT (II)

Seloka pertama sudah dibaca,
Eloklah diamal pemberat neraca,
Lihatlah diri di dalam kaca,
Otak tak usah memikir cerca.

Kita mengamal bukan menunjuk,
Allah beri Hidayah pertunjuk,
Kalau diejek janganlah merajuk,
Ilmuan muktabar tempat merujuk.

Timbanglah fakta nilailah Iman,
Adakah nafsu tak makan saman?,
Degilnya diri pentingkan nyaman,
Agama menyaran kehidupan aman.

Nasihat diberi cukup diplomasi,
Aurat jangan dianggap basi,
Ulamak dahpun beri motivasi,
Rebutlah peluang mengamalkan visi.

Aurat disentuh perlu insafi,
Tak usah amalkan nafsu nafsi,
Demi kehidupan penuh sensasi,
Anggaplah nasihat sepinggan nasi.

Namun begitu tolonglah sabar,
Kalau mengamal Iman berkobar,
Ingatlah kawan telah mencabar,
Tabahkan hati hilangkan debar.

Agama kita agama suci,
Dalam dan luar kita dicuci,
Allah dan Rasul telah perinci,
Nak ingkari nanti dibenci.

Aurat dijaga kebaikan kita,
Untuk mengelak segala derita,
Renunglah selalu akan cerita,
Allah "Israkkan" Nabi kita.

Telah disebutkan dalam sirahNya,
Dalam perjalanan Israk baginda,
Allah perlihatkan contoh derita,
Namun manusia degil hatinya.

Kita berdegil apakah sebabnya?
Iman kita lemah powernya,
Tetapi nafsu kita hyper kuasanya,
Akibatnya kita yang terinaya.

Dicheck Iman, kurus keremping,
Akhirnya kita duduk menyamping,
Nafsu kita ramping dan langsing,
Awas di akhirat! Tidakkah runsing?.

Ulamak dah tegur tak ambil pusing,
Rasakan umur fajar menyingsing,
Akan tetapi senja dah bising,
Tafakkurlah sebentar di tepi dinding.

Malanglah nasib orang bertangguh,
Amalkan Islam tidak bersungguh,
Alim Ulamak dah pukul tabuh,
Fikirkanlah aurat sepanjang tubuh.

Sekian terima(lah) kasih,

MARI BERSELOKA 1

Sebuah Seloka:
Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima(lah) Kasih,

Saturday, October 17, 2009

Penyampaian Sijil International Narrative Dan Website Competition 2009






Pada 12 Ogos 2009 lalu, telah diadakan majlis khas untuk peserta yang berjaya memasuki pertandingan International Narrative dan juga International Website competition 2009. Semua peserta diberi sijil yang dikeluarkan oleh Oracle USA. Tahniah.


Monday, September 14, 2009

Karnival Bacathon 2009






Pada 8 Ogos 2009 lalu telah berlangsung Karnival bacathon SMKBBB. Karnival ini begitu meriah sekali dengan pelbagai aktiviti dimana 52 tapak gerai telah disewa oleh pelbagai agensi, jualan dan aktiviti.

Sunday, September 13, 2009

ADAB SOLAT MUSLIMAH

ADAB SOLAT MUSLIMAH
Bukan shj utk muslimah.. tetapi juga utk muslim supaya boleh di ajar kepada muslimah di sekelilingnya...
wallahu alam

Khas untuk muslimah2 sekelian. Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din . Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.

Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana biasa solat berkenaan diterima Allah... umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap yg Esa. 2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada. Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) QIYYAM - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) RUKUK - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) IKTIDAL - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah... " dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) SUJUD - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) DUDUK ANTARA 2 SUJUD - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) BANGUN SELEPAS SUJUD - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) TAHIYYAT - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut"..illaullahh... "

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG YANG SABAR

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG YANG SABAR

DI DALAM al-Quran terdapat tidak kurang 94 perkataan `sabar'. Secara mudah hakikat ini menggambarkan betapa sifat sabar amat dituntut supaya dimiliki oleh umat Islam yang beriman.
Dalam surah awal al-Baqarah, perkataan sabar dinyatakan tujuh kali. Antaranya ialah:
``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagaipenolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' - Ayat 153.
``Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' - Ayat 155
Mualim membangkitkan peri pentingnya sifat sabar ini kerana di zaman ini umat Islam semakin hilang kesabaran sedangkan Allah menuntut kitabersabar.
Anda boleh menyaksikan betapa banyak sifat tidak sabar dizahirkan pada setiap hari di sekeliling kita, sama ada dalam perjalanan ke pejabat, di pejabat, kawasan perumahan dan kompleks beli-belah.
Jika anda menunaikan fardu haji, anda juga akan mendapati betapa ramai jemaah haji tidak memiliki sifat sabar. Mereka terlupa atau barang kali tidak mengetahui bahawa Allah sentiasa beserta dengan orang yang sabar.
Bagaimana mahu mendapat ibadat haji yang mabrur jika tidak mengendahkan peringatan Allah yang berulang-ulang dalam al-Quran ini. Barangkali mereka hanya membaca al-Quran dalam bahasa Arab dan tidak pernah mengambil tahu maksud ayat-ayatnya.
Sifat sabar ini boleh menghasilkan kemenangan dalam peperangan. Inilah rahsia kemenangan 313 pejuang Islam ke atas lebih 1,000 tentera musyrikin dalam perang Badar.
`Hai Nabi (Muhammad), kobarkan semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan 1,000 daripada orang-orang kafir yang tidak mengerti.'' 8:65.
Agak aneh bahawa pada hari ini kesabaran tidak menjadi pegangan kuat umat Islam. Apakah mereka tidak percaya kepada janji2 Allah? Jika begitu, tidaklah mereka tergolong sebagai orang beriman.
Tidakkah mereka melihat bahawa sifat sabar telah memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa yang maju di dunia. Lihat sahaja bangsa Jepun yang memiliki daya kesabaran yang tinggi.
Cara mereka duduk berlipat kaki berjam-jam sudah menunjukkan betapa mereka ini bangsa yang sabar. Barang kali cara duduk itu juga melatih mereka supaya bersabar.
Peraturan Di jalan raya, orang Jepun sangat sabar mematuhi had laju dan lain-lain peraturan lalu lintas. Mualim yang pernah mengunjungi Jepun sebanyak empat kali, berpeluang menyaksikan kesabaran mereka sama ada ketika bekerja atau lain-lain urusan kehidupan. Para pekerja pengutip sampah akan membersihkan tong sampah sehingga tiada sedikit pun saki-baki. Trak membawa sampah juga dibersihkan sehingga kelihatan seperti trak baru.
Kesabaran menjadi asas ketahanan dan ketekunan mereka dalam menjalankan apa jua kerja. Mualim pernah menaiki bas ekspres selama tiga jam di lebuh raya yang had lajunya hanya 70 km/j bagi kenderaan berat. Tidak sesaat pun bas itu melebih had laju tersebut. Di Malaysia dan kebanyakan negara Arab, para pemandu yang beragama Islam kadang kala berlumba dengan kereta-kereta biasa.
Sebenarnya, orang yang tidak sabar akan mudah melakukan kesilapan dalam apa jua yang mereka lakukan. Mereka lekas marah dan sering kali tidak dapat berfikir dengan waras, apatah lagi bijak.
Jika kita mengkaji negara-negara yang kurang maju di dunia, kita akandapati bahawa kebanyakan rakyat mereka tidak mempunyai daya kesabaran yang tinggi. Mereka suka bergaduh dan tidak berdisiplin. Kesabaran sebenarnya adalah disiplin diri yang terbukti menjadi faktor kejayaan. Itulah janji Allah kepada umat yang diberikan kitab al-Quran, tetapi mereka tidak menghiraukannya.
Di kalangan orang-orang Islam yang kononnya mendapat pendidikan agama yang tinggi, sifat tidak sabar juga sering terserlah melalui tutur kata yang tidak sopan dan kesat kerana kemarahan terhadap musuh-musuh politik.
Baru-baru ini berlaku satu kes yang menyerlahkan kakitangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak sabar. Mereka menangkap dan menggari seorang pelajar UiTM yang kononnya berjalan dengan pasangannya secara berpeluk di khalayak ramai. Pelajar lelaki itu tidak layak digari, tetapi disebabkan kakitangan JAIS hilang kesabaran apabila tindakan mereka dicabar, maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku. Kes itu menjadi bahan kritikan akhbar.
Sungguh malang kerana di kalangan umat Islam sendiri ramai yangberpendapat bahawa kesabaran itu adalah sifat orang yang lemah. Mereka ini tidak percaya apa yang Allah janjikan kepada mereka. Tidak percaya ertinya tidak beriman. Tidak percaya juga satu kebodohan. Sabar bukannya bererti kita tidak bertindak jika orang lain bertindakjahat terhadap kita. Sabar sebaliknya membolehkan kita bertindak dengan tenang, tidak emosional, tidak tergopoh-gapah serta mematuhi peraturan dan undang-undang.
Selepas menang dalam perang Badar, para pejuang Islam tewas dalam perang Uhud. Puncanya mereka tidak sabar untuk mengutip rampasan perang, lalu melanggar perintah Rasulullah yang berpesan supaya mereka tidak meninggalkan kubu di lereng bukit.
Apa bezanya para pejuang Uhud dengan kebanyakan umat Islam hari ini. Kita juga mudah hilang sabar!

Khutbah Rasulullah SAW Sempena Ramadhan

Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Bulan Suci Ramadhan al-Mubarak
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berakah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca KitabNya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah SWT memandang hamba- hambaNya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal- amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul-alamin. Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi juadah kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian. "Rasulullah meneruskan:Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Siapa yang memperbaiki akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati siratul mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain. Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup,maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi:Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah". Marhaban Yaa Ramadhan?

Syawal Menjelma


Hatiku bagaikan air yang mengalir jernih,
setiap kali  mengenangkan kenangan kita.

Hatiku bercahaya seperti terangnya rembulan pada malam hari,
ketika itu hanya tinggal kau dan aku .

Hatiku bebas seperti badai yang meniup awan putih,
Suci dan tulus janji aku dan kamu.

Jika pernah aku menapak meninggalkan bekas di hatimu,
Hari ini ingin kuisi setiap lekuk tenggelamnya tapak itu dengan bunga-bunga keampunan.

Lalu kupinta kepadamu,

Seperti harumnya Syawal ini, begitulah harumnya hubungan kita...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

KELEBIHAN RAMADHAN




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Thursday, August 6, 2009

Topeng Free H1N1

Penularan penyakit H1N1 di malaysia semakin hari semakin serius. Sebagai langkah berjaga-jaga pihak sekolah telah melaksanakan penerangan khas kepada semua pelajar tentang langkah tersebut yang telah di perjelaskan oleh Penolong kanan HEM Pn Norhayati Ismail di Dewwan Sekolah pada hari ini 7 Ogos 2009.
Bersempena dengan itu juga. pihak PIBG telah bermurah hati untuk menyumbangkan topeng muka (mask) kepada semua pelajar (2068 orang)dan guru Sekolah (112 orang ). Penyampaian topeng muka telah dilaksanakan oleh YDP PIBG sendiri Tn Hj Anwar Khan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih.

Tuesday, August 4, 2009

BACATHON

Sekolah akan mengadakan acara kemuncak Program BACATHON pada sabtu ini 8 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti telah dirancang demi memeriahkannya. Sebanyak 52 gerai jualan dan pameran akan mengisi pelbagai aktiviti antaranya jualan makanan, minuman, prabayar, koleksi hobi, reject shop item, rumah hantu, persembahan pentas, cabutan bertuah, penyampaian hadiah kutipan terbanyak, basuh kereta dan pelbagai aktiviti lain.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan suasana sambutan demi meningkatkan tabungan PIBG sekolah untuk membantu meningkatkan infrastruktur sekolah agar pembelajaran lebih kondusif dan selesa untuk pelajar dan guru melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran.

Beritahu ibubapa dan adik beradik, jiran dan masyarakat sekitar serta bekas pelajar sekolah supaya datang memeriahkan lagi sambutan ini sambil menderma kepada sekolah yang tercinta.

Jangan lupa 8 Ogos , Sabtu 2009. Macam-macam ada.

Tuesday, July 14, 2009

Pemantauan Pasukan TASK FORCE SSQS

Satu rombongan pasukan pemantau SSQS untuk memastikan penarafan "STAR RATING" sekolah-sekolah bestari negeri Selangor berada di tahap gemilang akan datang ke SMKBBB pada hari Khamis 16 Julai 2009. Pasukan ini terdiri daripada pegawai BTPN, PKG dan KUTV/PPD daerah Hulu Selangor.

Friday, July 3, 2009

Kursus Swishmax Guru 2009

Kursus Swishmax telah dilaksanakan di Makmal Bestari Sekolah pada 4 Julai 2009. Seramai 25 orang guru telah menghadiri kursus tersebut. Dalam kurusu ini guru belajar membina Ecard menggunakan swishmax.

Thursday, July 2, 2009

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Pengumuman kepada warga sekolah. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di SMK Bandar Baru Bangi. Persediaan untuk latihan penggunaan akan diadakan dalam masa terdekat. Adalah difahamkan pegawai daripada Syarikat Pembekal yang dilantik Bahagian Teknologi Pendidikan akan berada disekolah selama 3 bulan untuk tujuan latihan.
Harap semua pihak bersedia bagi menjayakan sistem ini kerana ini adalah projek Sekolah Bestari yang dipelopori oleh BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, June 16, 2009

Pautan kepada blog panitia smkbbb

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Mohon guru ketua panitia yang telah membina blog panitia menghantar alamat url blog masing-masing disini. GPB sedang berusaha meletakkan semua pautan atau link kepada blog ini ke lamanblog dan juga laman web sekolah di smkbbb2.net.

email saya di musa6535@gmail.com
nyatakan alamat url blog panitia contohnya www.panitiasainsbangi.blogspot.com

Thursday, May 28, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009




Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik SMK BANDAR BARU BANGI.
Teruskan usaha kalian untuk mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

..."Guru Oh Guru"....
.....Usman Awang.....

Monday, May 11, 2009

CCTV Sekolah


Unttuk pengetahuan semua, sekolah mempunyai sistem pemantauan CCTV di kawasan sekolah. Projek ini ditaja oleh PIBG Sekolah. CCTV ini membolehkan keadaan sekitaran dan aktiviti sekolah dilihat melalui DVR juga melalui Intenet Explorer sekolah.

Friday, March 13, 2009

Alamat Website sekolah yang baru


Assalamualaikum semua.

Sekolah kita dah ada website info baru di alamat http://www.smkbbb2.net

Website ini masih dalam pembinaan dan penambahbaikan. Ditaja oleh PIBG SMKBBB sesi 2008-2009. Harap bersabar dan sebarang cadangan bolehlah dihantar kepada saya untuk mencantikkan lagi website tersebut.

Wednesday, January 7, 2009

BUKU TEKS SPBT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pengumuman kepada bekas pelajar Tingkatan 5 tahun 2008, diminta memulangkan semula buku pinjaman SPBT anda kepada sekolah kerana adik-adik anda ingin menggunakan buku tersebut. Sila hantar semula secepat mungkin kerana sesi persekolahan telahpun bermula dan didapati ramai bekas pelajar masih tidak memulangkan buku SPBT tersebut.

Sekian pesanan dari guru SPBT, SMKBBB JALAN 2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...