Tuesday, December 28, 2010

Tahniah Pelajar


Keputusan PMR telah keluar dan SMK Bandar Baru Bangi mencapai keputusan cemerlang. Tahniah.

Jumlah calon PMR 2010 = 440.
Peratus Kelulusan = 83.18%.
Bilangan Semua A (Straight ' A ' = 36 orang. (tahniah!!)

Monday, November 15, 2010

Pengumuman


1. Pihak sekolah akan mengadakan Hari Akademik untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 pada 21 Disember 2010. Semua ibubapa dan pelajar dijemput hadir mulai jam 8.30 pagi. Harap maklum.

2. Sekolah mula bercuti hari ini selasa dan juga khamis dan jumaat ini (16, 18 dan 19 nov 2010. Selamat Hari raya Aidil Adha dan selamat bercuti. Penuhkan cuti anda dengan aktiviti berfaedah dengan mengulangkaji pelajaran. Gunakan buku atau online learning atau tuisyen semasa cuti ini. Juga rehatkan minda dengan melancong ditempat indah seperti ditepi lautan. Rehat secukupnya dan jangan lupa tugas anda sebagai pelajar, sebagai insan (sembahyang) dan sebagai ahli masyarakat. Selamat didoakan kepada anda semua.

3. Kepada calon SPM, didoakan anda semua tenang menjawab soalan nanti dan Ya Allah, bukakan lah pintu hati calon SPM SMK Bandar Baru Bangi seluas-luasnya, agar dapat mereka menjawab dengan teratur, kemas, markah penuh dan akan berjaya dalam peperiksaan SPM keseluruhannya.

Tuesday, October 12, 2010

Bagaimana nak pandai

Selamat Berjaya Kepada Calon PMR yang baru habis peperiksaan tadi. Kini Tangungjawab Pelajar Tingkatan 5 pulak untuk berjuang menghadapi SPM. Usaha bersama guru anda, Banyakkan latih tubi, Kurangkan Aktiviti tidak berfaedah. Banyakkan Berusaha, Latihan dan juga memohon kepada yang Maha Esa. Ya Allah, Jadikan semua pelajar ...Tingkatan 3 dan 5 tahun ini Berjaya dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Tuesday, August 31, 2010

Lawatan MAMPU dan BTP KPM


Satu lawatan daripada Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan beberapa pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di SMK Bandar Baru Bangi pada 19 Ogos 2010. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau projek Bestari dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Walk A Thon


Aktiviti terbesar PIBG tahun ini adalah Walk A Thon yang telah diadakan pada 7 Ogos 2010. Aktiviti ini diadakan untuk mengumpul dana PIBG untuk projek membaiki dewan, tandas dan dataran berbumbung di tapak perhimpunan sekolah. Sambutan amat menggalakkan dan ucapan terimakasih kepada yang sudi menderma sambil melibatkan diri dalam aktiviti Walk A Thon ini.

Minggu Pengguna 2010


Bersempena dengan Minggu Pengguna, satu sambutan dan ceramah Harta Intelek telah diadakan di Dewan SMK Bandar Baru Bangi. Dalam Minggu ini diadakan pelbagai pertandingan dan pada hari penyampaian hadiah, telah diadakan ceramah Pengurusan Harta Intelek.

Hari Kerjaya 4 Ogos 2010


Hari Kerjaya Sekolah telah diadakan di Sekitar dewan SMK Bandar Baru Bangi Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa Universiti dan Kolej telah mengambil bahagian dalam pameran dan juga seminar kerjaya. Antaranya Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, GMI, UniKL MFI dan beberapa kolej sekitar Lembah Kelang. Terimakasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Kerjaya ini. Syabas.

Thursday, August 19, 2010

Kem Khalifah Unggul






Kem ini telah dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam SMKBBB dan Panitia Pendidikan Islam SMKBBB. Kem ini dilaksanakan atas sebab amanah yang diberikan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Guru penyelaras program Kem Khalifah Unggul ialah Puan Hamidah bt Debab manakala pengarah program ialah Hamizah bt Rajali. Fasilitator- fasilitator dan penceramah telah diambil dari PEPIAS. Seramai 10 orang guru pengiring , 11 orang urusetia dan 10 orang fasilitator yang terlibat sepanjang kem ini. Jumlah peserta yang menyertai kem selama 3 hari 2 malam (30 Julai 2010- 1 Ogog 2010) adalah seramai 77 orang. Penginapan para peserta ialah di dalam khemah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Kembara Muslim, ‘Night Walking’ dan Sidang Pleno. Kumpulan terbaik ialah kumpulan 4 dan upacara penutup dirasmikan oleh Puan Hasnah bt. Ibrahim. Kem ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan


“Sama-samalah kita upgrade iman, top up amalan, update doa, semoga Allah send hidayah, delete dosa dan insert sakinah.Redeem hasil lumayan di sana. Selamat menahan diri dari kemungkaran di bulan Ramadhan.”

Monday, July 26, 2010

Hari Kerjaya






Hari Kerjaya peringkat sekolah akan diadakan pada 4 haribulan Ogos 2010. Semua pelajar, bekas pelajar , Ibubapa dan seluruh penduduk Bandar Baru Bangi dijemput hadir memeriahkan suasana. Beberapa Universiti, Kolej, Institusi kerajaan dan swasta akan turut sama membuat pameran sempena Hari Kerjaya ini. Datanglah beramai-ramai ke SMK Bandar Baru Bangi pada 4 haribulan Ogos ini. Pelbagai acara sampingan turut diadakan.

Thursday, July 1, 2010

Lawatan Sambil Belajar Pasukan Pengakap



29 Jun 2010. Satu Lawatan Sambil Belajar telah diadakan oleh Pasukan Pengakap Malaysia Kumpulan 13 Kajang SMK Bandar Baru Bangi. Seramai 79 orang ahli yang terdiri dari Pengakap, AJK, Kelana, Guru/Pemimpin Kumpulan dan 2 Pesuruhjaya Ibu Pejabat bersama-sama dalam lawatan ini. Antara tempat yang dilawatai ialah Rumah BP (Ibu Pejabat Pengakap Kebangsaan) terletak di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur. Rombongan disambut oleh Tn Faisal, Pesuruhjaya Ibupejabat dan slepas itu semua ahli telah mendengar taklimat khas daripada Pesuruhjaya Pengakap Unit Latihan Negara dan sedikit berkaitan dengan Pengakap Raja.
Di sebelah petangnya pula, dengan berpakaian uniform pengakap, kesemua ahli dapat memasuki Dewan Rakyat di Parlimen, untuk menyaksikan julung kalinya sidang parlimen secara live di dalam Dewan.

Thursday, June 24, 2010

Walkathon 2010


Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Bandar Baru Bangi akan menganjurkan Walkathon PIBG pada 7 Ogos 2010. Objektif program ini diadakan adalah untuk:

1. Menaik taraf dewan sekolah.
2. Membaik pulih tandas sekolah.
3. Membina dataran berbumbung.

PIBG amat berbesar hati kiranya dapat tuan puan menyampaikan sebarang cek/wang kutipan melalui anak anda (yang telah dibekalkan kad) untuk disampaikan kepada guru kelas sebelum 7 Ogos 2010. Bayaran menggunakan cek berpalang hendaklah atas nama PIBG SMK BANDAR BARU BANGI.

Kerjasama dan sokongan daripada tuan-puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai.
Terimakasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Walkathon PIBG 2010
SMK Bandar Baru Bangi.

Sistem SMS


Makluman kepada semua. PIBG SMK Bandar Baru Bangi telah melancarkan sistem sms online kepada warga Sekolah termasuk juga ibubapa pelajar. Ini bermakna semua pengumuman daripada sekolah contohnya mengenai ketidakhadiran, masalah disiplin , aktiviti sekolah dan sebagainya yang berkaitan sekolah akan dihantar terus ke telefon bimbit ibubapa atau penjaga.

Untuk memudahkan perlaksanaan sistem ini berjalan lancar, dipohon kerjasama semua terutama ibubapa menghubungi guru tingkatan/guru kelas anak anda untuk sms nombor telefon yang sebenar untuk tujuan ini secepat mungkin. Sila nyatakan nama penuh dan nama anak anda serta kelas mana. Kerjasama ibubapa didahului dengan ucapan terimakasih.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya. Kejayaan kita semua pada hari ini bermula dengan didikan guru yang sabar dan tekun serta ikhlas mendidik anak bangsanya. Tanpa guru, tidak mungkin negara dan rakyat mampu bergerak maju.

Sememangnya profesion sebagai guru adalah sangat mulia dan mencabar. Meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku pelajar yang pelbagai, ditambah dengan tekanan ibu bapa serta masyarakat sekeliling, para guru terus menuai bakti dan menuang ilmu tanpa jemu. Sama ada mereka diingati atau dilupakan, saban tahun para guru melahirkan sehebat-hebat ulama’, setinggi-tinggi tokoh akademik, para profesional, teknokrat, usahawan, tenaga-tenaga pakar mahir dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya sumbangan para pendidik yang bergelar guru tidak boleh dilupakan. Keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran mereka wajar diberikan pengiktirafan. Suara dan pandangan mereka perlu perlu dihormati, rungutan dan permintaan mereka perlu didengari, permasalahan mereka perlu diperhati. Inilah tanda penghomatan kita semua terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik.

Monday, May 10, 2010

Gred Baru SPM, Markah dan Nilai

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:


Friday, April 30, 2010

Lawatan Ke Parlimen



Satu Lawatan ke Bangunan Parlimen telah diadakan pada 29.04.2010. Program ini diiringi oleh Cikgu Jurianah dan Cikgu Habibah membawa pelajar, pengawas dan pengawas perpustakaan melawat sekitar Dewan Parlimen dan sempat melihat Sidang Dewan Negara diadakan.

Ahli Kelab Pencegahan Jenayah SMK Bandar Baru Bangi Lawat Bukit Aman




Bukit Aman - 29 April 2010. Diketuai oleh Ustaz Mansor Saman dan dibantu Cikgu Raja Noor Azma Raja Ahmad, seramai 40 orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah dan Kadet Polis Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor telah melakukan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.


Ketibaan rombongan, disambut oleh Sub. Inspektor Ismail Md. Zin, dan dibawa ke Auditorium PDRM, untuk sesi taklimat.


Taklimat bertajuk Kerjaya Kepolisan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Bersama Mencegah Jenayah, itu disampaikan oleh Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam, PDRM.


Menurut Ustaz Mansor, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para pelajar tentang tugas dan tanggungjawab polis.


"Kami amat teruja dan berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan oleh Supt. Rasdi Ramli yang secara jelas memberitahu fungsi dan peranan setiap jabatan yang terdapat dalam PDRM untuk menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat negara ini", ujar Ustaz Mansor ketika ditemui setelah selesai sesi taklimat.


"Taklimat yang diberi turut membuka minda para pelajar gambaran sebenar tentang kerjaya kepolisan yang penuh dengan cabaran", ujar Ustaz Mansor yang amat berpuas hati misi lawatan yang dianjurkan itu.


Para pelajar seterusnya dibawa melawat ke Pusat Kawalan Keselamatan, Lapang Sasar, Lokap dan Gimnasium PDRM.


Ahli Pasukan Kadet Polis Sekolah, SMK Bandar Baru Bangi, bersama Supt Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM


Setelah sesi taklimat, para guru dan pelajar SMK Bandar Baru Bangi, bergambar kenangan bersama Supt. Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM.

Wednesday, April 28, 2010

Petua Pelajar Cemerlang



Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan
membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca
surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
* duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
* memberikan tumpuan sepanuhnya
* menggunakan jari telunjuk untuk membaca
* menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
* cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
* siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
* duduk tegak dikerusi yang selesa
* baca doa penerang hati
* baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
* fikir dan ingat kembali isi utama
* catat/lakar
* semak semula ketepatan maklumat
* ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
* buat rumusan
* jawab soalan
* tampal maklumat yang rumit di dinding
* baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
* jangan makan kepala ikan
* jangan makan organ dalaman
* jangan minum semasa makan
* jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
* jangan melihat kemaluan
* jangan melihat buih
* jangan membaca nama pada batu nisan
* banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
* banyakkan makan kismis, kurma dan madu
* banyakkan makan kekacang
* pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
* jangan makan sehingga terlalu kenyang
* jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
* tampal nota-nota penting di dinding
* tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
* gunakan kaedah akronim
* reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
* pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
* mempunyai jadual belajar
* patuh kepada jadual
* buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
* taat kepada Allah
* mendirikan sembahyang
* menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
* hormati & sayangi guru
* bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
* suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
* membantu rakan yang memerlukan
* berdoa dan bersyukur kepada Allah
* sentiasa bertawakal
* mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Wednesday, April 21, 2010

PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN - Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej

PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN - Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej

Kategori A: Sekolah Menengah
Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej



TEMA : HAK PENGGUNA - Penggunaan tema hendaklah menyentuh 8 HAK PENGGUNA seperti :-

1. Hak untuk mendapat keperluan asas
2. Hak untuk mendapat keselamatan
3. Hak untuk mendapat maklumat
4. Hak untuk membuat pilihan
5. Hak untuk mendapat ganti rugi
6. Hak untuk menyuarakan pendapat
7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.

Maklumat untuk membina blog, sila layari www.kkk.org.my, www.fomca.org.my, www.switch.org.my, www.standardsusers.org, www.nccc.org.my

Syarat pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej

1. Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Sumber atau topik perbincangan boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
2. Peserta blog hendaklah memuatkan maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan
3. Blog mengambilkira kekerapan penyertaan/penglibatan daripada orang awam, kreativiti, menarik, penggunaan bahasa, jumlah pelawat dan kumpulan sasaran.
4. Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada urusetia@mypengguna.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it bersama-sama borang penyertaan pertandingan. Penghantaran maklumat melalui pos juga diterima.
5. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010

Hadiah bagi pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej

Bagi Kategori A: Sekolah Menengah

1. Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
2. Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
3. Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan

Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej

1. Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
2. Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
3. Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan

Monday, April 19, 2010

Pengorbanan Ibu bapa -Tazkirah Ringkas


Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh
dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil,
apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan
hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu.
Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya
dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan
sempurna.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini?
Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya
ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada
mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka
selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah
membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan
kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa
daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan
mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga
bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar
dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa
kita juga.

Friday, April 16, 2010

OLAHRAGA KE 25 – 11 Mac 2010



Olahraga Sekolah berjaya dilangsungkan di Kompleks Sukan PKNS Seksyen 15, dari jam 7.30 pagi sehingga 2.00 petang. Ianya dirasmikan oleh YDP PIBG. Keputusannya: Johan: Rumah Wira -1718 mata; Naib Johan: Rumah Perdana – 1596 mata; Kedua; Rumah Saga – 1538 mata dan Keempat :Rumah Satria – 1453 mata.

Dalam pertandingan Perbarisan pula, kategori Badan Uniform dimenangi oleh Pasukan Pengakap manakala Rumah Perdana Masih Mendominasi selama 5 tahun berturut-turut bagi kategori Perbarisan Rumah SUkan. Tahniah Wira, Pengakap dan Perdana.

KEPUTUSAN SPM 2009


Tahniah! Sungguhpun hanya dua orang pelajar yang mencapai straight A. Pada keseluruhannya prestasi pelajar SPM telah meningkat di dalam beberapa subjek. Kelulusan jugs meningkat dari 98.3% (2008) kepada 99.0% (2009). Sekah lagi PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat di dalam usaha membimbing dan mentarbiahkan pelajar SPM, tanpa mengira penat dan lelah.

KEPUTUSAN PMR 2009

Tahniah! Seramai 24 orang pelajar mencapai straight A. Peratus kelulusan telah meningkat dari 76.50% (2008) kepada 83.37% (2009). PIBG ingin merakamkan setinggi­tinggi terima kasih kepada warga pendidik yang telah berusaha meningkatkan kejayaan ini. Syabas!


PUSAT SUMBER BERWAJAH BARU



Hasil Program Bacathon PIBG telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM74,000, dengan tujuan menaiktarafkan Pusat Sumber, supaya lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan pelajar dan guru sekolah. Projek ubahsuai bermula pads 23 Nov 2009 dan siap, pada 2 jan 2010 dengan mengubah tingkap, siling, pendingin hawa dan sebagainya. Pihak sekolah terutama JK Pusat Sumber berterima kasih kepada PIBG di atas keperihatinan dan usaha meningkatkan prasarana Pusat Sumber ini.


Tuesday, April 6, 2010

Sukan 2010

Sebahagian gambar semasa Hari Sukan SMK Bandar Baru Bangi 2010 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Semua pasukan bersemangat dengan stail dan cara masing-masing.

Monday, April 5, 2010

Latihan SPS (Rancangan Pengajaran Harian Online)




Satu latihan khusus untuk penggunaan Rancangan Pengajaran Harian telah diadakan disekolah (Makmal Bestari) pada Hari Rabu (31 Mac 2010). Seramai 20 orang guru telah menghadiri latihan tersebut yang meliputi cara mengakses Sistem Pengurusan Sekolah dan juga menggunapakai Rancangan Pengajaran harian dalam SPS.

Latihan ini dilaksanakan oleh Pn Mazlifah (Facilitator Rebound Asia) dengan dibantu oleh Cikgu Musa (GPB SMKBBB) juga cikgu Norashikin (ICT). Maklumbalas yang diterima ialah guru berminat untuk menggunakan RPH online ini kerana ia memudahkan guru membina RPH dan memudahkan Pengetua/Pengurusan memantau perjalanan urusan P&P di sekolah kepada semua guru akademik.

Sunday, March 28, 2010

Siapakah orang yang .....

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Monday, March 22, 2010

Kursus Moodle LMS





Satu kursus Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP/LMS) telah dilaksanakan di Makmal 2 (Open Source). Seramai 22 guru telah hadir terdiri dripada Guru Cemerlang dan Ketua Panitia. Latihan dilaksanakan oleh Mr Mark Stevens dan Mr Chong daripada Syarikat Forte Tech dibawah seliaan BTP. Projek Open Source ini dibawah projek MAMPU dimana SMK Bandar Baru Bangi adalah salah sebuah dari 50 sekolah terpilih seluruh Negara.

Perkhemahan Pengakap Sg Congkak


Satu aktiviti perkhemahan pasukan pengakap telah diadakan di Hutan Lipur Sungai Congkak pada 16 hingga 18 mac 2010. Seramai 78 ahli dan 18 AJK telah hadir. Aktiviti perkhemahan dibantu oleh Pengakap Kelana A yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Ibupejabat Pengakap Kebangsaan Saudara Mohd Faisal dan beberapa ahli Kelana A Kajang. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kajang, Tuan Chayed Basirun juga hadir memantau Aktiviti.
Banyak aktiviti dijalankan seperti night walk, jungle trekking (halangan komando), based activity, malam kebudayaan juga meredah sungai. Akiviti dapat menambahkan koleksi lencana kemahiran ahli dan juga dalam usha meningkatkan taraf pasukan pengakap 13 Kajang.

Monday, March 8, 2010

Thinkquest Competition



Perdana Leadership Foundation is calling for entries from Malaysian students both primary and secondary schools and their teacher-coaches to take part in the “Learning from Malaysian Leadership and History Project Contest 2010”. The contest is now open and will end on 15th April 2010.

Teams comprised of students and teachers will work together using ThinkQuest Projects to create learning projects that highlight the contest theme. The contest emphasises student originality, creativity and thinking ability. Fundamentally, it is designed to help students develop essential 21st century skills while making the learning experience enjoyable and engaging by utilizing ThinkQuest Projects as the online collaborative project tool.

Topics of the contest are based on the age-approriate categories. Two topics are available for each category. Each participating team must choose ONE topic from the options available. Topics are as follows:

Lower Primary ( Primary 1-3).
1. Visit a Library at your locality. From your visit, how would you make best use of the library and what do you think are the roles that Libraries and Librarians play in making you understand more about Malaysian History?
2. Visit a Library in your locality. From your visit,how would you make best use of the library and what do you think Libraries and Librarians can do to promote good reading habits amongst young Malaysians like yourselves?

Upper Primary ( Primary 4-6 ).
1.What do you think primary schools in Malaysia should do to promote leadership in young Malaysians?
2.Select Malaysian Prime Minister and present the ten most unique and interesting facts and anecdotes about the Prime Minister.

Lower Secondary ( Forms 1-3 ).
1.Construct a timeline of Malaysian history, select three most important events and the lessons Malaysia can learn.
2.Elaborate on the Rukunegara and tell us why it is important. As a good Malaysian citizen, how do we pledge Rukunegara in our daily lives.

Upper Secondary ( Forms 4&5 ).
1.All of Malaysia's Prime Ministers from the time of Tunku Abdul Rahman to present, emphasises the importance of national unity. What do you understand as national unity and how can you, as a young Malaysian, contribute to national unity
2.What is your understanding of the one Malaysian concept? In your opinion, how can this concept help advance our nation.

This project will provide students and teachers with the knowledge and resources necessary available at Perdana Leadership Foundation’s Digital Library. To access this library, please email to zarina@perdana.org.my.

Top team and top teacher-coach in each category will be awarded with cash prizes.

So hurry!!! Please click the 'Join' button now.

Wednesday, March 3, 2010

Email guru-guru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Mohon semua guru yang ada email, balas catatan ini dengan klik di comment di bawah dan taipkan email address kat situ. Admin nak cuba kumpulkan semua emailguru untuk dibuat groupemail sama ada yahoogroup atau gmail group. Terimakasih.

Wednesday, February 3, 2010

SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)


Assalamulaikum. Semua guru, kakitangan dan murid SMK Bandar Baru Bangi sudah boleh menggunakan SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) iaitu sistem pengurusan berasaskan web dialamat seperti di bawah :

Jika dari Internet Sekolah : http://10.39.154.39

Jika dari rumah/ Pejabat : http://bea4603.moe.edu.my

Username dan passwordnya adalah No Kad Pengenalan Anda.

Bagi pelajar, password adalah nomborkadpengenalan.bea4603


Bagi guru, anda boleh melihat semua jadual waktu kelas masing-masing dan juga kelas kelas lain termasuk nama guru, kelas dan matapelajaran yang diajar. Selamat mencuba sistem baru ini. Sebarang keraguan/ masalah/cadangan sila kemukakan dengan email kepada bea4603@gmail.com


Administrator SPS SMK Bandar Baru Bangi.

Friday, January 15, 2010

Hayati Pemandangan Bandar Baru Bangi


Ingin menikmati pemandangan sebenar Bandar Baru Bangi termasuk SMK Bandar Baru Bangi.


Klik link di bawah untuk gambaran 360 degree hampir keseluruhan Bandar Baru Bangi. Hasilan Bekas pelajar Sekolah ini.




Kereta Guru Kena Calar













Selasa, 12 Januari 2010. Beberapa kereta guru, kakitangan dan pegawai luar telah dicalar oleh seseorang dalam kejadian tengahhari ini. Ini adalah contoh salah satu kereta yang telah dicalar tersebut. Pihak sekolah telah mengadakan siri bacaan yasin pada hari khamis dan jumaat sesi pagi dan petang agar kejadian ini tidak berulang dan semoga pihak berkenaan tampil kehadapan membuat pengakuan. Kerugian dialami oleh pemilik kereta khasnya guru tidak dapat diganti dengan wang ringgit, tapi perasaan kesal yang teramat sangat kerana hasil didikan guru yang bersungguh-sunguh mendidik anak bangsa di balas dengan perbuatan yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang pernah menjadi pelajar.
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...