Thursday, December 18, 2014

Keputusan PT3

Salam sejahtera. Pengumuman kepada ibubapa tingkatan 3 tahun 2014 . 
Tarikh ambil keputusan ujian bertulis pt3 ,(pelaporan pbs,pajsk dan psikometrik )
 untuk murid tingkatan 3 yg belum ambil ialah pd 22 hb dis.isnin.masa 10.30 -12.30 tgh.
Tempat :didewan SMK BANDAR BARU BANGI. Murid diminta mematuhi disiplin.
pakaian:baju sekolah atau t shirt sekolah.rambut pendek dan kemas.


Monday, December 8, 2014

Hari Akademik

Makluman kepada semua ibubapa murid Tingkatan 1,2 dan 4 Smk Bandarbarubangi . Hari Akademik Tg 1,2 dan 4 akan dilaksanakan pada :

Tarikh : 10/12/2014.
Hari    :  Rabu.
Masa  :  8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Tg 1 dan 2 di Dewan.
Tingkatan 4 : Dataran Berbumbung.

Kerjasama semua amat diharapkan supaya program berjalan lancar. Sekian Terima Kasih.

PESANAN : TINGKATAN 1,2 dan 4 TAHUN 2014.

Wednesday, November 19, 2014

TERIMAKASIH

Pihak Sekolah dan PIBG SMK Bandar Baru Bangi dan ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada pemberi sumbangan dalam Majlis Makan Malam Amal yang telah diadakan sebelum ini. Semoga Allah memberkati usaha tuan/puan dalam menjayakan kutipan sumbangan/derma untuk pembangunan sekolah yang dicintai ini. Semoga ianya menjadi AMAL JARIAH yang berpanjangan untuk tuan/puan. TERIMA KASIH.

Monday, September 29, 2014

Tanda kehadiran melalui telefon bimbit

29 Sep 2014
Tanda Kehadiran di Telefon bimbit
(untuk cikgu-cikgi sahaja)
Mulai 1 Oktober 2014, SPS lite akan dilaksanakan seluruh Malaysia berdasarkan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semua guru perlu install SPS lite dengan mendapatkannya di telefon bimbit masing-masing. Cari di Play Store (untuk Android) atau di APPS Store bagi telefon jenama Apple/ Blackberry.
Kelebihan menggunakan SPS lite ialah guru kelas boleh menanda kehadiran dari telefon bimbit secara online dan juga secara offline.
Sekiranya pelajar dalam kelas cikgu berpindah atau bertambah, cikgu perlu uninstall dan install semula apps sps lite untuk update.
Selamat mencuba.

Monday, August 4, 2014

Malam Semai Budi Semarak Bakti

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Dulu sekolah kita tiada Dataran Berbumbung, murid berpanas berhujan Lalu diadakan Pelbagai program kutipan dana/ sumbangan/ amal jariah dan hasilnya kita berjaya merealisasikan pembinaan dataran berbumbung tersebut. Tahniah.

TERKINI, Keadaan Kelas berhabuk 24 jam, lantai berlubang sana sini, pasir simen di lantai hampir 80% kelas pecah kerana keadaan lantai lama, simen retak, pelajar yang berpenyakit athma pasti selalu bermasalah batuk, terpaksa menutup hidung sentiasa dalam kelas. Tak percaya sila datang ke kelas disini.

OLEH ITU, lahirlah idea untuk membaikpulih keadaan kelas ini dengan PROGRAM PIBG terbaru, Majlis Makan Malam Semai Budi Semarak Bakti bagi mengumpul Dana RM khas untuk tujuan murni ini.. Adalah diharapkan ini menjadi Sedekah Jariah yang berpanjangan pahalanya untuk setiap sen yang disumbangkan, Aminn.


Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

                                                             Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, July 8, 2014

PPPM

Salam Sejahtera semua pelajar. Ini ada cabaran daripada Datin Pengetua. Program meningkatkan ilmu peringkat sekolah dalam Topik PPPM ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ).. Baca nota ini, bila tiba masanya Datin Pengetua akan memberikan beberapa soalan berdasarkan topik ini. Hadiah akan diberikan berdasarkan jawapan tepat. Jom cuba.

cuba di link Facebook 

https://www.facebook.com/bandarbarubangi.smk/posts/893308477363558



Wednesday, July 2, 2014

Pengumuman. Hari Akademik




Semua Tingkatan 1,2,3,4 dan 5.
Tarikh : 5/7/2014 
Hari : Sabtu 
Tempat : Tg 3 dan 5 di Dewan SMK Bandarbarubangi
Tg 1,2 dan 4 di Kelas.
Masa 8-10 pagi.



Semua Ibubapa dijemput hadir.

Friday, June 20, 2014

Agak berapa like untuk gambar ini?

Sekolah kita telah mendapat tempat ke3 peringkat kebangsaan tahun 2013. Tahun 2014 sekolah kita sekali lagi layak ke peringkat separuh akhir.Oleh itu Jom kita semua sokong PIDMSekolah kita kerana ada pertandingan sekolah paling banyaklike dan penyokong juga ada hadiah.caranya dengan langkah berikut:

1. log in facebook.
2. search PIDM Money Smart 2014 (logonya 2014) namanya masih 2012.
3. Kliklike (jikabelum).
4. Klik More
5. KlikCabaran sekolah 2014
6. Klik Galeri
7.Klik SMk Bandar Baru Bangi
8.Klik Like

Sehariboleh like sekali, Kalau boleh setiap hari kliklike.

Kemudian share post ini untuk menambahkan like PIDM SMKBBBANGI..
Jom,Jom, JomLIKE...

Sunday, May 11, 2014

2 Silver Medal Tahniah

Tahniah smk Bandarbarubangi Smk kerana mendapat 2 silver medal dalam pameran rekacipta, inovasi dan technologi antarabangsa yang berlangsung di KLCC 7-10mei 2014 as malaysian young inventors and asian young inventors. Tahniah.



Wednesday, May 7, 2014

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Pengumuman kepada Ibu bapa (khasnya Tingkatan 3).

Taklimat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Tarikh : 17 Mei 2014.
Hari : Sabtu.
Masa : 8.30-10.30 pagi.
Tempat : Dewan Smk Bandarbarubangi
Penceramah : Tn Hj Rasehan B. Mohamad

Semua Ibubapa dijemput hadir untuk mendengar penerangan tentang PT3. Program ini adalah kerjasama SMK Bandarbarubangi dengan PIBG.

Saturday, April 26, 2014

Magic- Tahniah

Pasukan dari Smk Bandar Baru bangi mendapat tempat ke2 dan Johan keseluruhan pertandingan MaGICJr Pitch, anjuran Kementerian Kewangan yg baru berakhir. Pusingan berikutnya ialah ramai2 kena 'like' utk undi terbanyak & produc akan dipilih utk ditaja keluaran sebenar (undian dlm masa 30 hari shj mulai 1 May).

Tuesday, April 8, 2014

Hari Persatuan 2014

SMK Bandar Baru Bangi akan mengadakan Hari Persatuan pada 12/4/2014 Sabtu ini. Pelbagai acara seperti Pertandingan kawad kaki, pameran, persembahan di Dewan dan gerai jualan juga kehadiran artis jemputan ..Wulamak...Semua Masyarakat malaysia.. bangi. Di jemput memeriahkan majlis. ...jom jom jom..Dapatkan tiket dipintu masuk dewan pada Sabtu ini. War-warkan kepada semua penduduk Bandar Baru Bangi


Wednesday, March 19, 2014

KEPUTUSAN SPM 2013

PENGUMUMAN PENTING. Keputusan SPM akan diserahkan esok 20/3/2014 bertempat di Dewan SMK Bandarbarubangi mulai jam 11pagi hingga 2 petang. SILA BERPAKAIAN UNIFORM SEKOLAH LENGKAP dan KEMAS MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH. Pakaian Sukan Untuk KoKurikulum (Warna Biru Muda TU) Juga dibenarkan. Anda mungkin tidak dibenarkan masuk sekolah mengambil keputusan SPM jika tidak mengikut arahan ini. Terimakasih. 

Arahan Pengurusan Sekolah.
Moto Sekolah, BERJAYA,BERAKHLAK,BERBAKTI.


Tuesday, March 11, 2014

Mesyuarat PIBG 2014

Mesyuarat PIBG 2014  akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh     : 15 Mac 2014.
Tempat   :  Dewan SMK Bandar Baru Bangi.
Masa      : 9.00 pagi
Jemputan : Semua Ibubapa SMK Bandar Baru Bangi dijemput hadir.


Tuesday, February 25, 2014

Tahniah, JOHAN PING PONG DAERAH 2014

Tahniah kepada pasukan Ping Pong Smk Bandarbarubangi kerana 
telah menjadi Johan Ping Pong MSSD bagi kategori Bukan Cina. 
Keputusannya ialah Johan Bergu Perempuan, Naib Johan Bergu
 Lelaki, Tempat Ketiga Perempuan Kategori Terbuka dan Tempat
Ke 3 Bergu Perempuan Kategori Terbuka. TAHNIAH SMKBBB.

Tuesday, February 18, 2014

Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas, PRS , PSS dan Ketua Tingkatan

Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas, PRS , PSS dan Ketua Tingkatan telah berlangsung pada 19 Feb 2014 di Dewan SMK Bandar Baru bangi. Majlis Dirasmikan oleh Tuan Inspektor Zamzuri Bin Osman, Ketua Balai, Balai Polis Bandar Baru Bangi. Tahniah.

Tuesday, January 28, 2014

Kejayaan 2013

Kejayaan 2013 Sekolah di peringkat Daerah. Kelab/ Persatuan Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat 2013. 

Thursday, January 23, 2014

Maulidurrasul

Sambutan Maulidurrasul  di Dewan SMK Bandar Baru Bangi.
24 Januari 2014.

Sunday, January 12, 2014

Pertandingan Wordmania dalam FROG VLE 2014.

Satu pertandingan WORDMANIA akan mula di pertandingkan seluruh Malaysia mulai 13 Januari 2014.
Semua pelajar dan guru boleh memasuki pertandingan game online ni dengan mendaftar dari 3 jan sehingga 12 januari 2014. Sila Log in FROG VLE DI alamat URL dibawah:

https://bea4603.1bestarinet.net

Masukkan ID dan password
Klik Quick Launch,
Cari Frogstore
Klik WordMania.
Register..

Boleh practise sebelum mula 13/1/2014. selamat mencuba.
Hadiah Utama RM10,000 sekolah,
Hadiah Utama pelajar sebuah laptop Chromebook berharga RM1200.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...