Thursday, April 28, 2011

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA (MENENGAH)SEMPENA KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGIPERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2011






Karnival Sains dan Teknologi Daerah Hulu Langat telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April 2011. Karnival ini telah dianjurkan oleh SMK Dato’ Ahmad Razali, dan berlangsung di SMA Persekutuan, Kajang.

SMK Bandar Baru Bangi telah menghantar satu pasukan iaitu Saintis Muda yang diwakili oleh Nur Fatahiah bt Abd Razak dan Wan Siti Nadiah bt Ibrahim dari kelas 3 Nurani.

Lebih kurang 30 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk acara Saintis Muda dan SMK Bandar Baru Bangi berjaya mendapat tempat ketiga.
.
Johan : SMKA Maahad Hamidiah
Naib Johan : SMK Cheras Perdana
Tempat ketiga : SMK Bandar Baru Bangi,

Kumpulan 3 di stesen pertama mereka
iaitu Stesen 4.

Nur Fatahiah, Pn Zarulhana dan Wan Siti Nadiah
Tahniah kepada Nur Fatahiah dan Wan Siti Nadiah!

Sunday, April 24, 2011

MEROKOK HARAM

1. Merokok membahayakan kesihatan (ada pada kotak rokok). 2. Merokok memang HARAM (Majlis Fatwa 1975). Habis tu kenapa pelajar (sekolah) masih merokok, dengan pakaian sekolah smkbbb, dalam dan luar pagar sekolah je. WAHAI pelajar smkbbb, anda diperhatikan bukan sahaja oleh manusia bernama cikgu, ibubapa kat luar pun nampak, TUHAN lagi nampak (CCTV dimana sahaja), INSAFLAH. Bersyukurlah anda masih hidup bernafas lagi.

Tuesday, April 12, 2011

SUKANTARA


Pengumuman kepada semua pelajar. Sukantara akan diadakan pada 28 dan 29 April 2011. Peringatan, pakaian sukan rumah adalah diwajibkan untuk mewakili rumah anda. Pakaian selain pakaian sukan rumah anda adalah dilarang. Muktamad.

Friday, April 8, 2011

Pengumuman.

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah akan diadakan pada 23 April 2011. Serentak dengan itu juga diadakan majlis reseptif (perjumpaan Ibubapa dan guru).

Kenangan Camping Pengakap Mac 2011

Perkhemahan Bersama SMK BBBangi dan SMK SAAS Kajang
Bergambar Kenangan Pemimpin, Kelana A, SMK BBB dan SAAS Penyampaian Sijil dan anugerah
Kehadiran Pemimpin Peringkat Daerah dan Kebangsaan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...