Wednesday, November 7, 2012

Ke 3 Kebangsaan 2012

Tahniah Kepada Sekolah kerana Mendapat Tempat ke 3 Kebangsaan dalam Pertandingan Space Seed 2012

Saturday, September 22, 2012

Program Sembelihan Perdana 2012

Alhamdullillah, Tahniah dan terimakasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan Program Sembelihan Perdana 2012 Anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Baru Bangi yang telah berlangsung pada 22 Sept 2012. Semangat gotong royong antara pentadbir, guru, pelajar dan ibubapa sangat tinggi hingga membolehkan program ini berjalan lancar. 


Thursday, September 20, 2012

Pengumuman 2

Pengumuman. Pengumuman. Ulang suara. 20 Oktober 2012 adalah tarikh keramat bagi sekolah kerana kita akan mengadakan MAKAN-MAKAN. Bukan makan je tapi sambil beramal mengumpul DANA PIBG untuk pembangunan Sekolah khasnya Dataran Berbumbung untuk kegunaan semua warga sekolah nanti. Kepada Ibubapa dan bekas pelajar yang sayangkan sekolah anda, inilah masanya berbakti kembali. Majlis Makan Malam AMAL PIBG SmkBandarbarubangi akan diadakan pada 20/10/2012 dan semua pihak dialu-alukan untuk menaja/membeli meja/kerusi untuk majlis itu dengan niat untuk menderma/menyumbang. Sila hubungi AJK PIBG , Sekolah atau mana-mana guru dan AJK PIBG melalui anak-anak tuanpuan untuk berbuat demikian.

Wednesday, September 5, 2012

Pengumuman Sekolah Ganti dan Hari Akademik PMR

Pengumuman untuk semua. Sabtu ni 8/9/2012 adalah Hari Sekolah Ganti. Semua Pelajar wajib hadir. Jemputan juga khas untuk ibubapa Pelajar Tingkatan 3 kerana Hari Sabtu ni adalah Hari Akademik PMR. Semua Ibubapa Pelajar Tg 3 dijemput hadir. Tolong warwarkan kepada Pelajar/ibubapa yang tak online ni. Terimakasih.

Tuesday, August 14, 2012

Raya Datang Lagi

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Guru dan Pelajar Smkbandarbarubangi. Bersama kita saling memaafkan, Salam Lebaran.

Thursday, August 9, 2012

Soalan Percubaan Trengganu

Untuk Pelajar Tingkatan 3 Calon PMR, ini link soalan Percubaan Trengganu.

http://bank-soalan.com/PercubaanPMR2012/MATHS%20F3/2012-PERCUBAAN%20Matematik%20PMR+skema%20%20%5bTERENGGANU%5d.pdf.pdf

Untuk download ikuti langkah dibawah

UNTUK DOWNLOAD


1-Klik Kanan mouse anda pada link biru diatas

2-Pilih Save target as atau save link as

3-Save    

Wednesday, August 8, 2012

Wednesday, July 18, 2012

1Bestari Internet Ganti TM Schoolbroadband

Alhamdullilah Line internet 1Bestarinet telah dipasang di Sekolah menggantikan TMSchoolbroadband mulai 18 Julai 2012. Kelajuannya dijangka dalam 4 hingga 10 MBps. Namun polisi Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan laman web tertentu tidakdibenarkan dilayari menggunakan line internet 1Bestari ini. seperti facebook.

Wednesday, June 27, 2012

Pastikan Anda Hadir


Panggilan kepada masyarakat Bandar Baru Bangi dan sekitarnya khasnya ex student Smk Bandarbarubangi . Bersempena dengan Hari Akademik dan Hari Kerjaya Sekolah pada Khamis 28 Jun 2012, satu pameran pendidikan yang disertai oleh Universiti Utama Negara dan beberapa kolej terkemuka akan berada di Perkarangan Dewan Sekolah. Semua/ masyarakat umum dipersilakan hadir. Banyak peluang melanjutkan pelajaran dalam akademiak dan kemahiran tersedia PERCUMA. Jadi, datanglah beramai-ramai.

Tuesday, June 26, 2012

Pengumuman. Sekolah akan mengadakan Hari Akademik dan Kerjaya 2012 di SMKBBBangi pada hari Khamis 28/6/2012. Semua Ibubapa dijemput hadir mengikut sesi pagi/petang anak masing-masing. Ibubapa Prihatin, Anak Cemerlang.



Sunday, April 29, 2012

Tahniah Kepada Pasukan Kadet Polis (Perempuan) kerana sekali lagi berjaya mendapat tempat dalam Pertandingan Kawad Kaki (GO/Organisasi Kerajaan). Tahniah kerana mendapat Tempat Kedua/ Naib Johan Daerah 2012.

Saturday, April 21, 2012

Video Pertandingan Kawad Kaki SMKBBB 2012



Tahniah Kepada Pasukan Pengakap (Lelaki), Putri Islam  (Perempuan) dan Taekwondo (Persembahan) dalam Pertandingan Kawad Kaki dan Persembahan Hari ini 21/12/2012.

Thursday, April 19, 2012

Pengumuman dan Jemputan


Pengumuman dan jemputan.. Sabtu ini 21 April 2012 akan diadakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2012 di Sekolah. Dengan itu Sekolah menjemput ibubapa, exstudent dan masyarakat untuk hadir dan menyokong pasukan anak/adik/anak dalam pertandingan ini. Disamping itu juga ada gerai jualan bagi memeriahkan suasana. Semoga usaha murni melalui aktiviti mendidik palajar menjadi insan berdidiplin dan berakhlak mulia diteruskan dan berpanjangan.


Monday, March 26, 2012

TAHNIAH


Mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Lepasan SPM 2011 yang telah mengekalkan peratusan SPM 98.9% tahun ni dengan pencapaian 9 orang Straigth A, daripadanya 4 orang 11A dan 5 Orang 10A. Gred purata 4.61. TAHNIAH.

Monday, March 19, 2012

Keputusan SPM 2012

Pengumuman Khas untuk calon SPM yang akan ambil keputusan esok. Adalah di pohon (arahan), Semua calon SPM 2011 boleh mengambil keputusan SPM esok dengan berpakaian kemas ( jeans, t-shirt, ketat, dedah, jolok mata) tidak dibenarkan. Rambut (kemas), kasut (bukan selipar).. Harap sebagai anak muda yang faham maksudnya, silalah ikut peraturan ini. Kot timbul masalah nak masuk sekolah nanti. Renung-renungkan, selamat beramal.. Esok, ambil SPM, pakaian kemas..

Thursday, February 23, 2012

Pengumuman

 Mesyuarat Agong PIBG Smk Bandarbarubangi akan diadakan pada Sabtu ini 25/2/2012 mulai jam 8 pagi. Semua Ibubapa kepada pelajar sekolah ini dijemput hadir. Marilah kita bersama membangunkan sekolah anak-anak kita kearah kecemerlangan Dunia dan Akhirat. Mesyuarat dijangkakan akan disisipkan Ceramah Keibubapaan Oleh Penceramah IKIM.fm



Sunday, February 5, 2012

Pengumuman


Pengumuman.

1. Sabtu ini 11 Feb 2012 adalah Hari Sekolah Ganti. Sila ikut jadual waktu hari Khamis.

2. Sila beritahu ibubapa/penjaga anda akan tarikh ini iaitu 25 Feb 2012 jam 8 pagi adalah Tarikh Mesyuarat Agong PIBG. Sila sampaikan surat usul yang guru kelas (sudah diberi kepada anda) kepada ibubapa anda dan kembalikan segera. Mohon ibubapa yang menulis usul agar hadir ke mesyuarat PIBG tersebut. Terimakasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...