Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan


Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

Thursday, July 21, 2011

Pakej Ransangan PIBG







Sekarang, sekolah dah ada surau yang lebih besar, selesa semua pelajar untuk sembahyang dan belajar disitu, sekarang dah ada library yang besar dan canggih, ada aircond, kini dah ada susur pejalan kaki, elakkan pelajar terkena hujan dan panas semasa masuk dan balik dari sekolah.

Tapi sebenarnya dulu, bukan begitu rupanya, surau kecil,... library sempit, kalau hujan, basah kuyup, kesian pelajar kan?.

Sehinggalah PIBG mengambil inisiatif bersama guru-guru menganjurkan program jogathon dan tahun ni Gemilang sukan. Baguskan kalau nanti dengan sumbangan anda tu dan orang ramai, boleh anda guna sama dan setiap sumbangan merupakan hasanah/pahala kepada penderma kan, kan, kan? Jadi, ini minggu terakhir untuk mengumpul sumbangan, anggaplah setiap sen yang anda semua derma merupakan pahala / hasanah setiap kali anda dan pelajar dan orang ramai guna kemudahan yang akan dibina nanti hasil sumbangan ini. . teliti info kat borang ini.. Hubungi mana-mana guru/PIBG atau pelajar untuk sumbangan.


TERKINI. AKTIVITI GEMILANG SUKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 24 SEPTEMBER 2011. TERUSKAN MENGUMPUL SUMBANGAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...