Info Sekolah


1. Gambar Sekolah
2. lencana Sekolah
3. Profil Sekolah
4. Sejarah Sekolah
5. Piagam Sekolah
6. Moto Sekolah
7. Visi Sekolah
8. Misi Sekolah

9. Falsafah Sekolah
10. Pengurusan Sekolah
11. Aliran yang ditawarkan Sekolah
12. Aktiviti Kokurikulum SMK Bandar Baru Bangi

[menu]
Pintu Utama ke Kawasan Sekolah



Laluan Utama SMK Bandar Baru Bangi




Gambaran Maya dalam 3D SMKBBB boleh di lihat di sini KLIK SINI 


Lencana Sekolah SMK BBB


Apakah maksud di sebalik setiap elemen dalam paparan lencana sekolah ini? MAKSUD Melahirkan para pelajar yang berpengetahuan, berketrampilan, berdisiplin, berdedikasi serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara MOTO Berjaya, Berakhlak, Berbakti OBOR Cahaya Kejayaan EMPAT GELUNG Empat rumah sukan dan pelajar-pelajar bersatu dan bergerak aktif dalam sukan BUKU Sumber Ilmu JANGKA LUKIS & PROTRAKTOR Melambangkan kemajuan dalam bidang matematik, sains dan teknoligi WARNA BIRU Keharmonian dan kegembiraan MERAH Tegas dan berani HIJAU Lambang Agama Islam 

Profil Sekolah 

[menu] Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai SMK Bandar Baru Bangi : Sejarah Sekolah [menu] SMK Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 1983 dan beroperasi dengan satu sesi sahaja. Ketika itu bilangan gurunya adalah seramai 11 orang dengan 161 orang pelajar. Mereka belajar di tingkatan 1 dan 2 serta ditempatkan di dalam 2 blok bangunan dengan 16 buah bilik darjah. Para pelajarnya pula terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. 90% pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Sekolah ini telah mula membuka kelas tingkatan 4 pada tahun 1986 untuk memenuhi keperluan pembelajaran pada masa itu, walaupun sekolah telah mula mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak tahun 1984 lagi. Tingkatan 4 aliran sains dimulakan pada tahun 1990. SMK Bandar Baru Bangi telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 15 Oktober 1990. Manakala pada 1 Mac 1994, status sekolah ini telah dinaiktarafkan dari Gred B ke Gred A pada 1 Mac 1994. Kawasan sekolah ini adalah seluas 11.2 ekar / 4.53 hektar. Apabila kerajaan Malaysia melancarkan projek Multimedia Super Corridor (MSC), Sekolah Bestari adalah sebahagian daripada projek itu. Sejak itu, konsep pembelajaran Bestari adalah satu topik yang hangat diperkatakan di antara tenaga pengajar dan pelatih dalam Malaysia. Fasa pertama bagi memulakan operasi Sekolah Bestari adalah pada tahun 1999. SMK Bandar Baru Bangi telah dipilih untuk menjadi sekolah perintis bagi memulakan program Sekolah Bestari ini, sehubungan dengan status sekolah Bandar. Sehubungan dengan itu, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat sebuah makmal komputer bestari. Pada tahun 2000, aliran Information Tecnology (IT) diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4 dan subjek Literasi Komputer untuk pelajar tingkatan 1. Sebuah lagi makmal didirikan menerusi sumbangan PIBG. Pada tahun 2003, SMK Bandar Baru Bangi telah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Menengah Luar Bandar peringkat Negeri Selangor dan Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat tempat ketiga Anugerah Kualiti peringkat Kebangsaan dan menerima Anugerah Lestari peringkat kebangsaan pada tahun 2006. Keceriaan SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat perhatian daripada pihak pengarang majalah Anjung Seri apabila terpilih menjadi penghias ruangan cantik dan ceria di majalah Anjung Seri keluaran Mac 2007. SMK Bandar Baru Bangi terletak di Jalan 2/1, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini beroperasi pada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang di mana sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sementara pada sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Jumlah pelajar setakat tahun 2011 adalah seramai 2089 orang yang diuruskan oleh 118 staf akademik dan 14 orang staf bukan akademik. Pelajar-pelajar ditempatkan di 51 kelas dengan purata 46 orang pelajar untuk setiap kelas. 

Piagam Sekolah
[menu]
• Menawarkan pendidikan menengah kepada pelajar-pelajar secara berkesan supaya mereka bertanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat serta dapat berbakti kepada negara.
• Mengembangkan bakat dan potensi secara menyeluruh dan bersatupadu dari segi rohani, emosi dan jasmani dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
• Berusaha untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum ke arah kecemerlangan.
• Mewujudkan masyaraklat yang ikram dan bersemangat kekitaan.
• Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing.
• Mempertingkatkan tahap profesionalisme guru-guru dan kakitangan sokongan.
• Bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat dengan
• penuh kemesraan dan kesopanan.


 Moto Sekolah


[menu] Visi Sekolah


[menu] Misi Sekolah

[menu] Falsafah Sekolah


[menu] Pengurusan Sekolah


[menu] Carta Organisasi SMK BANDAR BARU BANGI 2011

Aliran yang ditawarkan Sekolah
 [menu]

Tingkatan 1, 2 dan 3 •
 SUBJEK TERAS
• BAHASA MELAYU
• BAHASA INGGERIS
• BAHASA ARAB
• MATEMATIK
• SAINS
• GEOGRAFI
• SEJARAH
• PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
• PENDIDIKAN SENI
• ICTL
• SIVIK & KEWARGANEGARAAN
• SUBJEK TERAS KH
• PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
• EKONOMI RUMAHTANGGA / KEMAHIRAN TEKNIKAL 

Tingkatan 4
 SUBJEK TERAS
• BAHASA MELAYU
• BAHASA INGGERIS
• MATEMATIK
• SEJARAH
• PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
• SIVIK & KEWARGANEGARAAN
• PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL ALIRAN SAINS SUBJEK ELEKTIF
• FIZIK
• KIMIA
• MATEMATIK TAMBAHAN
• BIOLOGI
• BAHASA ARAB
• PEND. AL QURAN & AS SUNNAH
• PEND. SYARIAH & ISLAMIAH
• LUKISAN KEJURUTERAAN / ICT ALIRAN KEMANUSIAAN SUBJEK ELEKTIF
• MATEMATIK TAMBAHAN
• EKONOMI ASAS
• PERDAGANGAN
• PRINSIP AKAUN
• TASAWWUR ISLAM
• PENDIDIKAN SENI VISUAL
• INFORMATION OF COMUNICATION & TECHNOLOGY / EKONOMI RUMAHTANGGA 

Tingkatan 5
 SUBJEK TERAS
• BAHASA MELAYU
• BAHASA INGGERIS
• MATEMATIK
• SEJARAH
• PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
• SIVIK & KEWARGANEGARAAN
• PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL ALIRAN SAINS SUBJEK ELEKTIF
• FIZIK
• KIMIA
• MATEMATIK TAMBAHAN
• BIOLOGI
• BAHASA ARAB
• PEND. AL QURAN & AS SUNNAH
• PEND. SYARIAH & ISLAMIAH
• LUKISAN KEJURUTERAAN / ICT
• ENGLISH FOR SCIENCE & TECHNOLOGY ALIRAN KEMANUSIAAN SUBJEK ELEKTIF • MATEMATIK TAMBAHAN
• EKONOMI ASAS
• PERDAGANGAN
• PRINSIP AKAUN
• TASAWWUR ISLAM
• PENDIDIKAN SENI VISUAL
• INFORMATION OF COMUNICATION & TECHNOLOGY/ EKONOMI RUMAHTANGGA

 Aktiviti Kokurikulum
 [menu]

PERSATUAN IKHTISAS
1. BAHASA MELAYU
2. BAHASA INGGERIS
3. PENDIDIKAN ISLAM
4. SAINS
5. SEJARAH
6. GEOGRAFI
7. SENI KREATIF
8. BAHASA ARAB
9. KEMAHIRAN HIDUP
10. BIMBINGAN & KAUNSELING
11. PENGGUNA
12. PENCINTA ALAM
13. CYBER BRIGADE
14. REKA CIPTA
15. TAMAN SUMBER SAINS
16. KEUSAHAWANAN
17. PENCEGAH JENAYAH
18. ERT (Ekonomi Rumah Tangga)
19. EKONOMI
20. PERDAGANGAN
21. KECERIAAN
22. MATEMATIK
23. LUKISAN KEJURUTERAAN
24. SLAD
25. KOIR SEKOLAH
26. RAKAN BUKU
27. KAJI CUACA
28. SETIA
29. RUKUN NEGARA
30. KOPERASI
31. KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN
32. SENI SUARA / NASYID
33. PERSATUAN UNIFORM / SUKARELA
34. PENGAKAP
35. BULAN SABIT MERAH
36. TAEKWANDO
37. TUNAS KADET REMAJA
38. PUTERI ISLAM
39. KELAB SUKAN KADET BOMBA
40. KADET POLIS
41. SILAT
42. PANDU PUTERI / RENJER PUTERI
43. BOLA SEPAK
44. KELAB CATUR
45. KELAB BADMINTON
46. KELAB BOLA KERANJANG
47. KELAB PING PONG
48. KELAB BOLA TAMPAR
49. KELAB TENIS KELAB BOLA BALING
50. KELAB SILAT
51. KELAB TAEKWANDO
52. KELAB BOLA JARING
53. KELAB HOKI
54. KELAB SEPAK TAKRAW
55. KELAB RAGBI
56. OLAHRAGA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...