Tuesday, August 31, 2010

Walk A Thon


Aktiviti terbesar PIBG tahun ini adalah Walk A Thon yang telah diadakan pada 7 Ogos 2010. Aktiviti ini diadakan untuk mengumpul dana PIBG untuk projek membaiki dewan, tandas dan dataran berbumbung di tapak perhimpunan sekolah. Sambutan amat menggalakkan dan ucapan terimakasih kepada yang sudi menderma sambil melibatkan diri dalam aktiviti Walk A Thon ini.

Minggu Pengguna 2010


Bersempena dengan Minggu Pengguna, satu sambutan dan ceramah Harta Intelek telah diadakan di Dewan SMK Bandar Baru Bangi. Dalam Minggu ini diadakan pelbagai pertandingan dan pada hari penyampaian hadiah, telah diadakan ceramah Pengurusan Harta Intelek.

Hari Kerjaya 4 Ogos 2010


Hari Kerjaya Sekolah telah diadakan di Sekitar dewan SMK Bandar Baru Bangi Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa Universiti dan Kolej telah mengambil bahagian dalam pameran dan juga seminar kerjaya. Antaranya Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, GMI, UniKL MFI dan beberapa kolej sekitar Lembah Kelang. Terimakasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Kerjaya ini. Syabas.

Thursday, August 19, 2010

Kem Khalifah Unggul






Kem ini telah dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam SMKBBB dan Panitia Pendidikan Islam SMKBBB. Kem ini dilaksanakan atas sebab amanah yang diberikan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Guru penyelaras program Kem Khalifah Unggul ialah Puan Hamidah bt Debab manakala pengarah program ialah Hamizah bt Rajali. Fasilitator- fasilitator dan penceramah telah diambil dari PEPIAS. Seramai 10 orang guru pengiring , 11 orang urusetia dan 10 orang fasilitator yang terlibat sepanjang kem ini. Jumlah peserta yang menyertai kem selama 3 hari 2 malam (30 Julai 2010- 1 Ogog 2010) adalah seramai 77 orang. Penginapan para peserta ialah di dalam khemah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Kembara Muslim, ‘Night Walking’ dan Sidang Pleno. Kumpulan terbaik ialah kumpulan 4 dan upacara penutup dirasmikan oleh Puan Hasnah bt. Ibrahim. Kem ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan


“Sama-samalah kita upgrade iman, top up amalan, update doa, semoga Allah send hidayah, delete dosa dan insert sakinah.Redeem hasil lumayan di sana. Selamat menahan diri dari kemungkaran di bulan Ramadhan.”

Monday, July 26, 2010

Hari Kerjaya






Hari Kerjaya peringkat sekolah akan diadakan pada 4 haribulan Ogos 2010. Semua pelajar, bekas pelajar , Ibubapa dan seluruh penduduk Bandar Baru Bangi dijemput hadir memeriahkan suasana. Beberapa Universiti, Kolej, Institusi kerajaan dan swasta akan turut sama membuat pameran sempena Hari Kerjaya ini. Datanglah beramai-ramai ke SMK Bandar Baru Bangi pada 4 haribulan Ogos ini. Pelbagai acara sampingan turut diadakan.

Thursday, July 1, 2010

Lawatan Sambil Belajar Pasukan Pengakap



29 Jun 2010. Satu Lawatan Sambil Belajar telah diadakan oleh Pasukan Pengakap Malaysia Kumpulan 13 Kajang SMK Bandar Baru Bangi. Seramai 79 orang ahli yang terdiri dari Pengakap, AJK, Kelana, Guru/Pemimpin Kumpulan dan 2 Pesuruhjaya Ibu Pejabat bersama-sama dalam lawatan ini. Antara tempat yang dilawatai ialah Rumah BP (Ibu Pejabat Pengakap Kebangsaan) terletak di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur. Rombongan disambut oleh Tn Faisal, Pesuruhjaya Ibupejabat dan slepas itu semua ahli telah mendengar taklimat khas daripada Pesuruhjaya Pengakap Unit Latihan Negara dan sedikit berkaitan dengan Pengakap Raja.
Di sebelah petangnya pula, dengan berpakaian uniform pengakap, kesemua ahli dapat memasuki Dewan Rakyat di Parlimen, untuk menyaksikan julung kalinya sidang parlimen secara live di dalam Dewan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...