Sunday, July 7, 2013

Hari Akademik 2013

Hari Akademik 1 Bagi Tahun 2013. Perjumpaan Ibubapa pelajar dengan guru-guru akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh : 9 Julai 2013., Selasa.
Masa : 8.00-10.30 pagi bagi sesi Pagi Tg3,4 dan 5.
Masa : 1.15-3.15 ptg bagi Sesi Petang
Tg1 dan 2.

Semua pelajar diminta hadir kesekolah mengikut masa persekolahan biasa. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran akan diteruskan seperti biasa selepas tamat sesi perjumpaan dengan ibubapa.

Wednesday, July 3, 2013

Sukan Tahunan 2013 pada 6 Julai 2013

Temasya Sukan/ Olahraga SMK Bandar Baru Bangi Kali Ke 28 Tahun 2013 akan diadakan pada 6 Julai 2013, Sabtu di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Semua dijemput hadir.


Sunday, June 30, 2013

Tahniah SSQS 5 Bintang 2009-2013

Tahniah Semua. Saksikan Video Kejayaan sekolah kita dalam mencapai tahap sekolah 5 bintang dalam SSQS (Smart School Qualification Standards) semenjak 2009-2013. Beri tepukan kepada diri anda semua (guru, pelajar, ibubapa).

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Im9sPCqCwTo

VIDEO KEJAYAAN SEKOLAH 5 BINTANG SSQS


Sunday, June 23, 2013

Sukan ditangguhkan

MAKLUMAN TERKINI. Pengumuman dari pengetua.

Sukan Tahunan seperti dirancangkan pada Rabu ini 26/6/2013 DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian kerana masalah jerebu yang dihadapi sekarang. Terimakasih.

Sekolah Tutup Isnin 24//6/2013

Pengumuman dari Pengetua. Esok, Isnin 24/6/2013 , sekolah ditutup berdasarkan keadaan jerebu semasa dan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam berita online, tv dan radio petang tadi.



Monday, June 10, 2013

Temasya Olahraga 2013



Pra temasya Olahraga akan diadakan pada 18/6/2013 dan 20/6/2013. Semua Pelajar terlibat dimohon hadir.

Temasya Olahraga/ Sukan Sekolah akan diadakan pada Hari Rabu 26 Jun 2013. Semua pelajar dan ibubapa dijemput hadir memeriahkan acara yang akan berlangsung di Stadium PKNS Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Tuesday, May 21, 2013

SPS Vs FROG VLE

Terkini

1. Untuk semua guru dan pelajar smk bandar baru bangi. Untuk pengetahuan semua, aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah akan diwajibkan pemakaiannya mulai bulan 7 2013 ini. Pastikan anda sebagai murid bekerjasama dengan guru untuk turutserta meningkatkan penggunaan aplikasi online ini sehingga sekolah kita betul-betul mantap. Inikerana status sekolah kita sebagai Sekolah Bestari iIntis semenjak 1999. Cuba log in sebagai murid di http://bea4603-sps.1bestarinet.net/ log in name dan password adalah no kad pengenalan anda. Sekiranya tak boleh log in, mesej PM ke fb Sekolah atau Fb cikgu Musa Muhamad

2. Untuk APlikasi Frog VLE, semua murid patutnya dah dapat ID dan Password masing-masing dan selepas ini, anda semua boleh log in dan belajar secara online di sini https://bea4603.1bestarinet.net/ . Gunakan masa cuti ini utk cuba log in dan menambah ilmu sambil bergembira dengan aplikasi online FROG VLE. Ianya boleh dicapai melalui PC, Laptop dan juga Tab. Kursus advance penggunaan FROG VLE akan diadakan selepas cuti oleh guru dan Murid Champion sedia ada. Ibubapa juga boleh log in menggunakan laman web ini tetapi perlu dapatkan user IDnya dari lamanweb http://yes.my/ klik, 1bestarinet, klik, parent, klik find my ID now


dan 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...