Monday, June 23, 2008

Tazkirah hari ini

Solat itu tiang agama.
Solat lah kamu, sebelum kamu disolatkan.
Solat itu membezakan seseorang Islam itu dengan orang kafir.
Solat, amalan yang pertama dihisab dihadapan Allah SWT dipadang mahsyar.

4 comments:

abiumar said...

"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan"

Salam Perjuangan.

abiumar said...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.

abiumar said...

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong.
Maka bertasbihlah serta memuji Tuhanmu dan minta ampunlah engkau kepadaNya. Sesungguhnya Dia Penerima Taubat.

abiumar said...

TAZKIRAH RAMADHAN :

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :



Rasullullah dalam Hadis : خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ

Ertinya :

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...