Tuesday, December 15, 2015

TAHNIAH PT3 2015

Sebahagian pelajar mendapat 7A-10A dalam Peperiksaan PT3 tahun 2015. Tahniah

Friday, October 9, 2015

Kempen 1 Juta Login November 2015

KPI Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan penggunaan IT
 dari peringkat sekolah lagi adalah melalui aplikasisedia ada di sekolah. Sokongan 
dari ibubapa perlu untuk anak-anak menggunakan masa terluang untuk perkara
 berfaedah menyentuh gadget terkini tapi terkawal dalam hal yang menarik/ berfaedah/pendidikan/pendidikan berterusan. AYUH. JOM benarkan mereka 
ini untuk LOGIN FROG VLE. dan Kempen ini berterusan sehingga ianya menjadi 
kebiasaan. Lets Do it..

Monday, September 28, 2015

Makluman penting. KPI kementerian Pendidikan adalah login 19% setiap minggu dikira secara mingguan dari hari khamis hingga ke hari rabu minggu berikutnya. Berdasarkan jumlah pelajar dan guru dalam sekolah 2094, maka anggaran dalam 400 orang perlu login setiap minggu berlainan orang/individu/manusia login dalam FROG VLE.
Faham ke Faham?
Jadi diminta semua pelajar dan guru serta ibubapa (kalau boleh), dapatkan ID dan password FROG VLE SMK BANDAR BARU BANGI dihttp://smkbbb2.blogspot.com dan login di https://bea4603.1bestarinet.net.
Bagi pelajar buatlah apasahaja secara online, kuiz, assignment, baca site yang disediakan oleh guru setiap hari sekurangnya sekali dalam 5 minit.
KEARAH STYLE BELAJAR ABAD 21..
Hubungi Cikgu Musa Muhamad atau Cikgu Norashikin Baharom jika menghadapi masalah login, atau PM ke FB sekolah dgn memberikan no IC untuk semakan. Terimakasih.

Thursday, September 17, 2015

Cuti Persekolahan Penggal 2

Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan penggal ke 2 akan bermula pada 19 September 2015 hingga 27 September 2015. MOHON pelajar tekadkan azam dan berusaha untuk terus hidup sebagai pelajar dengan memenuhi ruang masa cuti ini dengan aktiviti berfaedah seperti beriadah bersama keluarga, solat 5 waktu, solat sunat, kursus motivasi, belajar sendiri (boleh login frog VLE dan belajr sendiri, macam-macam ada, game yg pelajar suka pun ada). Semoga anda semua gembira dan selamat kembali bersekolah pada 28 Sptember nanti kerana peperiksaan akhir tahun, PT3 dan SPM akan bermula tidak lama selepas itu. SELAMAT..

Sunday, September 13, 2015

5 Pengakap Raja 2015 Tahniah

TAHNIAH buat Pengakap Raja dari Smk Bandarbarubangi Tahun 2015. 
Majlis telah disempurnakan di Kem Mutiara Semenyih oleh Yang Bhg 
Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie bin Mohd Salleh.. Ketua Pengakap
 Negara.
Gambar adalah Pengakap Raja PPM Kajang 2015 bersama YBhg 
Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie bin Mohd Salleh.. Ketua Pengakap Negara

Friday, September 11, 2015

1st Runner Up Kebangsaan DIgi Video

Tahniah SMK Bandar Baru Bangi kerana telah memperoleh tempat kedua (1st Runner Up) dalam 'Pertandingan Video Cybersafe Awareness' anjuran Digi Communication dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan MOSTI. Majlis Anugerah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 8 September 2015. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Dato' P Kamalanathan.

video boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=retniwhS6tk

Monday, June 22, 2015

Ciri Baru Frog VLE

TERKINI DARI FROG VLE

Guru yang dikasihi / Pelajar sekelian,

Untuk makluman, Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.

Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah dan lebih banyak lagi yang kami akan bawakan, sedang dilaksanakan pada bulan ini. Anda akan melihat beberapa perubahan baru apabila anda melog masuk dengan ID 1BestariNet anda!

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE.

Impak kepada Pelajar

Frog Timelines - Apabila pengguna melog masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines. Frog Timelines merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas laman VLE.
Memuat turun Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore.
Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi “Shared Folder” membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.

Impak kepada Guru

Markbook Baru - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.
Assignments - Wajah baru ciri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerjarumah yang belum ditanda.
Mathematics Equation - Ciri baru ini membolehkan penggunaan simbol Matematik di dalam laman Frog VLE.
Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan tertentu dalam laman yang dibina.
Analisis - Penambahbaikan dalam fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.
Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums dengan lebih dekat melalui "Show to Others" dan "Show/Hide all Posts"
Pembinaan Laman Web - Para guru boleh membina laman web dengan menggunakan widget Frog VLE. Laman web yang siap dibina boleh diterbitkan di Internet.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang ciri-ciri dan fungsi baru Frog VLE, sila kunjung Learn Centre melalui butang di bawah: Kunjungi Learn Centre

Tuesday, June 9, 2015

Lilypad 6 Majalah online berkaitan Virtual Learning Success Story

Guru dan pelajar serta ibubapa boleh baca Majalah online Issuu di frog VLE dan juga di link ini.. Sebagai motivasi penggunaan Virtual Learning Terbaik sekolah lain di Malaysia

di link ini.
http://issuu.com/frogasia/docs/_lilypad__060515__6_may_full_compil/1


Belajar Sendiri Percuma

Pelajar boleh mengulangkaji sendiri menggunakan laptop/ipad/komputer untuk melayari lamanweb pembelajaran secara online/ tanpa guru/ tanpa kertas di sini , sambil bercuti tu, buat santai, tanpa had masa, bila bila , dimana sahaja,dari video, presentation, nota dan latihan serta koleksi soalan pendek pemahaman dan ianya PERCUMA.. panduan, log in as guest pun boleh.. sini

http://spp.moe.edu.my
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN - (SPP) LMS Web application user is responsible for the accuracy and validity of the information provided and conceal the user's identity. The Government of Malaysia and Ministry of Education Malaysia shall not be liable for... SPP.MOE.EDU.MY

Monday, March 2, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

Dengan segala hormatnya dijemput Dato/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri 
Mesyuarat Agung PIBG Smk Bandarbarubangi 
pada hari Sabtu bertarikh 7 Mac 2015 
jam 8 pagi di dewan sekolah. Harap maklum.



Wednesday, February 25, 2015

Keputusan SPM

Pengumuman.
Keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada 3 Mac 2015 Selasa.
Adalah dipohon pelajar lepasan SPM berpakaian kemas dan sopan. 

Pelajar lelaki berbaju kemeja dan seluar 'slack'. Pelajar perempuan 
berbaju kurung (nampak sopan kan?). No jeans, no selipar, dan lelaki,
 rambut kemas.
Peringatan 1.


Thursday, February 5, 2015


Program kecemerlangan PT3 dan SPM 2015.

Tarikh : 7 Februari 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Bandar Baru 



Semua Ibubapa/penjaga pelajar Tg3 dan Tg5 dijemput hadir.



Wednesday, January 28, 2015

Forum Maulidurrasul 21 Januari 2015

Forum sempena sambutan maulidurrasul peringkat sekolah bersama 
Ustaz Shauqi dan imam muda Asyraf di dewan Smk Bandar Baru Bangi 
moderatornya Ustaz Solah Abdullah 







Thursday, January 1, 2015

PENGUMUMAN PENTING PENDAFTARAN TINGKATAN 1

PENGUMUMAN PENTING.
Perubahan tarikh pendaftaran tingkatan 1 tahun 2015 ke 10/ 1/ / 2015 Hari Sabtu 
Jam 8.30 pagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...