KPI Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan penggunaan IT
dari peringkat sekolah lagi adalah melalui aplikasisedia ada di sekolah. Sokongan
dari ibubapa perlu untuk anak-anak menggunakan masa terluang untuk perkara
berfaedah menyentuh gadget terkini tapi terkawal dalam hal yang menarik/ berfaedah/pendidikan/pendidikan berterusan. AYUH. JOM benarkan mereka
ini untuk LOGIN FROG VLE. dan Kempen ini berterusan sehingga ianya menjadi
kebiasaan. Lets Do it..
JALAN 2, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA. ini bukan laman web rasmi, ini hanya salinan dari laman web smkbbb
Friday, October 9, 2015
Monday, September 28, 2015
Makluman penting. KPI kementerian Pendidikan adalah login 19% setiap minggu dikira secara mingguan dari hari khamis hingga ke hari rabu minggu berikutnya. Berdasarkan jumlah pelajar dan guru dalam sekolah 2094, maka anggaran dalam 400 orang perlu login setiap minggu berlainan orang/individu/manusia login dalam FROG VLE.
Faham ke Faham?
Jadi diminta semua pelajar dan guru serta ibubapa (kalau boleh), dapatkan ID dan password FROG VLE SMK BANDAR BARU BANGI dihttp://smkbbb2.blogspot.com dan login di https://bea4603.1bestarinet.net.
Bagi pelajar buatlah apasahaja secara online, kuiz, assignment, baca site yang disediakan oleh guru setiap hari sekurangnya sekali dalam 5 minit.
KEARAH STYLE BELAJAR ABAD 21..
Hubungi Cikgu Musa Muhamad atau Cikgu Norashikin Baharom jika menghadapi masalah login, atau PM ke FB sekolah dgn memberikan no IC untuk semakan. Terimakasih.
Thursday, September 17, 2015
Cuti Persekolahan Penggal 2
Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan penggal ke 2 akan bermula pada 19 September 2015 hingga 27 September 2015. MOHON pelajar tekadkan azam dan berusaha untuk terus hidup sebagai pelajar dengan memenuhi ruang masa cuti ini dengan aktiviti berfaedah seperti beriadah bersama keluarga, solat 5 waktu, solat sunat, kursus motivasi, belajar sendiri (boleh login frog VLE dan belajr sendiri, macam-macam ada, game yg pelajar suka pun ada). Semoga anda semua gembira dan selamat kembali bersekolah pada 28 Sptember nanti kerana peperiksaan akhir tahun, PT3 dan SPM akan bermula tidak lama selepas itu. SELAMAT..
Sunday, September 13, 2015
5 Pengakap Raja 2015 Tahniah
TAHNIAH buat Pengakap Raja dari Smk Bandarbarubangi Tahun 2015.
Majlis telah disempurnakan di Kem Mutiara Semenyih oleh Yang Bhg
Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie bin Mohd Salleh.. Ketua Pengakap
Negara.
Gambar adalah Pengakap Raja PPM Kajang 2015 bersama YBhg
Friday, September 11, 2015
1st Runner Up Kebangsaan DIgi Video
Tahniah SMK Bandar Baru Bangi kerana telah memperoleh tempat kedua (1st Runner Up) dalam 'Pertandingan Video Cybersafe Awareness' anjuran Digi Communication dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan MOSTI. Majlis Anugerah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 8 September 2015. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Dato' P Kamalanathan.
video boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=retniwhS6tk
Sunday, August 23, 2015
Thursday, August 20, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)









