Friday, January 22, 2016

Ladap Pdp Abad 21

Khamis 21 Januari 2016. Sesi Latihan Dalam Perkhidmatan 1 tahun 2016 telah berlangsung dengan cerianya di Bilik Simulasi Matematik SMk Bandar Baru Bangi. Ladap disampaikan oleh Pengetua baru Puan Norlila Umar. Tahniah Semua guru.



Thursday, January 14, 2016

Saksikan lakonan pelajar SMK Bandar Baru Bangi dalam penggambaran video anjuran Digi.

Sunday, January 10, 2016

Pengetua Baru 2016

Perhimpunan rasmi pertama bersama pengetua baharu. Pn.Norlila Omar. 
Selamat Datang ke SMK BANDAR BARU BANGI

Tuesday, December 15, 2015

TAHNIAH PT3 2015

Sebahagian pelajar mendapat 7A-10A dalam Peperiksaan PT3 tahun 2015. Tahniah

Friday, October 9, 2015

Kempen 1 Juta Login November 2015

KPI Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan penggunaan IT
 dari peringkat sekolah lagi adalah melalui aplikasisedia ada di sekolah. Sokongan 
dari ibubapa perlu untuk anak-anak menggunakan masa terluang untuk perkara
 berfaedah menyentuh gadget terkini tapi terkawal dalam hal yang menarik/ berfaedah/pendidikan/pendidikan berterusan. AYUH. JOM benarkan mereka 
ini untuk LOGIN FROG VLE. dan Kempen ini berterusan sehingga ianya menjadi 
kebiasaan. Lets Do it..

Monday, September 28, 2015

Makluman penting. KPI kementerian Pendidikan adalah login 19% setiap minggu dikira secara mingguan dari hari khamis hingga ke hari rabu minggu berikutnya. Berdasarkan jumlah pelajar dan guru dalam sekolah 2094, maka anggaran dalam 400 orang perlu login setiap minggu berlainan orang/individu/manusia login dalam FROG VLE.
Faham ke Faham?
Jadi diminta semua pelajar dan guru serta ibubapa (kalau boleh), dapatkan ID dan password FROG VLE SMK BANDAR BARU BANGI dihttp://smkbbb2.blogspot.com dan login di https://bea4603.1bestarinet.net.
Bagi pelajar buatlah apasahaja secara online, kuiz, assignment, baca site yang disediakan oleh guru setiap hari sekurangnya sekali dalam 5 minit.
KEARAH STYLE BELAJAR ABAD 21..
Hubungi Cikgu Musa Muhamad atau Cikgu Norashikin Baharom jika menghadapi masalah login, atau PM ke FB sekolah dgn memberikan no IC untuk semakan. Terimakasih.

Thursday, September 17, 2015

Cuti Persekolahan Penggal 2

Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan penggal ke 2 akan bermula pada 19 September 2015 hingga 27 September 2015. MOHON pelajar tekadkan azam dan berusaha untuk terus hidup sebagai pelajar dengan memenuhi ruang masa cuti ini dengan aktiviti berfaedah seperti beriadah bersama keluarga, solat 5 waktu, solat sunat, kursus motivasi, belajar sendiri (boleh login frog VLE dan belajr sendiri, macam-macam ada, game yg pelajar suka pun ada). Semoga anda semua gembira dan selamat kembali bersekolah pada 28 Sptember nanti kerana peperiksaan akhir tahun, PT3 dan SPM akan bermula tidak lama selepas itu. SELAMAT..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...